Kuala Lumpur Musim 2017, Misi Budak Kota Ke Liga Super 2018!

Ini adalah previu Kuala Lumpur musim 2017 yang bersaing dalam kejohanan domestik sebagai pasukan Liga Premier.

Sebelum pergi lebih jauh inilah pencapaian pasukan Kuala Lumpur pada musim 2016:

Pencapaian KLFA musim lepas

  • Tempat ke-5 Liga Perdana
  • Suku akhir Piala FA
  • Peringkat kumpulan Piala Malaysia

Tutup buku KLFA 2016!

Seusai kempen Liga Perdana 2016 yang begitu menghampakan (lagi-lagi untuk separuh ke-2 musim), KLFA tanpa membuang masa terus melakukan kerja-kerja untuk menambah baik pasukan yang berpengkalan di ibu kota ini.

Pihak pengurusan KLFA dan juga ketua jurulatih ketika itu, Ismail Zakaria terus terbang ke Buenos Aries untuk melaksanakan misi mencari pemain import di sana.

Hasilnya mereka berjaya mendapatkan Nicolas Dul dan Carlos Chamorro untuk memperkuat pasukan Kuala Lumpur bagi musim ini.

Setelah 3 minggu selesai pencarian pemain import, muncul khabar berita yang mengejutkan buat penyokong Kuala Lumpur.

Ismail Zakaria meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih sebab mahu berehat. Namun beliau sudah mencari pemain-pemain yang diperlukan sebelum “pass the baton” kepada pengendali baharu, Wanderley Junior.

sumber foto: NST

Apa yang menariknya bagi musim ini, ianya ibarat “sirih pulang ke gagang bagi pemain-pemain tersebut ; Azmeer Yusof, Hisyamudin Sha’ari dan Azidan Sarudin kembali untuk menguatkan pasukan ini.

Bukan itu sahaja, malah separuh dari pemain musim lepas dikekalkan bagi mengharungi musim 2017. Apa yg pasti, Kuala Lumpur musim 2017 adalah gabungan pemain berpengalaman dan juga pemain muda.

Ianya akan membantu pasukan kendalian Wanderley Jr dalam memastikan Kuala Lumpur berada di landasan yang tepat untuk bersaing bagi merebut tempat ke Liga Super 2018.

Pasukan Kuala Lumpur Musim 2017

Ketua Jurulatih

Wanderley Junior

  • Mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih, penolong jurulatih, bekerja di peringkat umur B23 dan B21 serta di peringkat akademi.
  • Mempunyai pengalaman yang luas di Liga Indonesia dan Liga Thailand

Barisan pemain

Penjaga gol: Remezey Che Ros, Ahmad Solehin Mamat, Kamarul Effandi Abdul Rahim

Pertahanan: Helmi Remeli, Zaiful Abdul Hakim, Naufal Naim Tony Rosdin, Hisyamudin Sha’ari, Azmeer Yusof, Boburjon Akbarov (Uzbezkistan).

Pemain tengah: Zhafri Yahya, Modibo Konte (MALI), Na’im Nazmi Zainuddin, Hardee Shamsuri, Hafiz Joha, Irfan Zakaria, Azidan Sarudin, Nicolas Dul (ARG), Hazwan Rahman, Syazmin Firdaus, Ashri Chuchu

Penyerang: Arif Anwar, Manaf Mamat, Carlos Chamorro (ARG), Ibrahim Syaihul, Syafwan Syahlan

Pemain bintang

Modibo Konte

  • Musim ke-3 bersama Kuala Lumpur
  • Mempunyai stamina yang tinggi.
  • Rajin di atas padang. Banyak membantu pasukan dari segi serangan mahupun bertahan.
  • Import termuda dalam Liga-M

Pemain harapan

Arif Anwar

  • Antara pemain yang kerap dipanggil untuk skuad projek Sukan SEA 2017 di bawah kendalian Frank Bernhardt
  • Digelar “harimau hilang giginya” oleh ketua jurulatih, Wanderley.
  • Menjaringkan gol ketika menentang Nepal di Paroi pada Mac 2016.
  • Berani untuk menekan pemain pihak lawan.

Kekuatan

Mempunyai pilihan yg banyak di bahagian tengah. Modibo, Dul, Zhafri dijangka akan mengisi bahagian tersebut.

Dibantu pula Azidan, Na’im Nazmi dan Irfan Zakaria. Ini sudah tentunya akan mendatangkan persaingan yang sihat bagi merebut tempat di tengah padang.

Dengan adanya pemain seperti Ashri Chuchu dan juara Piala Malaysia 2016 – Azmeer Yusoff yang sudah ada nama di peringkat liga tertinggi.

Rasanya tidak ada alasan untuk Kuala Lumpur terus terbenam di liga bawahan menjelang musim 2018.

Kelemahan

Saya menjangkakan isu serangan yang tumpul. Berdasarkan pemerhatian saya dalam beberapa perlawanan pra-musim, ada perubahan positif yang ketara dari segi build up yang baik.

Namun yang menyedihkan adalah penyuda!

Itulag punca utama yang membuatkan pasukan ini gagal untuk menang perlawanan-perlawanan persahabatan yang diharungi.

Ianya sedikit merisaukan rata- rata penyokong KL. Barangkali 3 pemain serangan di depan masih belum mendapat keserasian antara satu sama lain.

Perkara ini sudah semestinya Wanderley akan lebih fokuskan untuk persiapan Liga Perdana nanti.

Harapan penyokong Kuala Lumpur musim 2017

Semoga musim 2017 ini akan menjadi musim yang penuh kenangan indah buat penyokong Kuala Lumpur.

Semoga musim ini tiada kekacauan yang berlaku dalam pasukan baik dari segi pengurusan mahupun persembahan di atas padang.

Inilah masanya untuk Budak Bandar berdiri gah seperti gahnya Menara Berkembar Petronas.

Dan khabar gembira buat penyokong Kuala Lumpur, setelah 3 tahun menumpang rumah di tempat lain akhirnya pada musim ini Kuala Lumpur akan kembali beraksi di rumah asal .

Ya! Kami akan kembali beraksi di Stadium Bolasepak Cheras mulai bulan Mac/April nanti.

Semoga ini akan menjadi tonik buat pasukan Ibu Kota beraksi jauh lebih baik dari musim lepas.

Semoga ini juga akan menjadi titik tolak penyokong Kuala Lumpur untuk kembali menyokong pasukan kesayangan mereka setelah lama menghilangkan diri.

Sampai Mati Kuala Lumpur.

Nota Editor: Artikel ini adalah hasil tulisan penyokong setia Kuala Lumpur,  Ainul Hazeem Ainuddin. Jika anda mahu artikel anda dibaca jutaan peminat bola sepak, emailkan kepada kami artikel anda dalam format microsoft words ke alamat [email protected]

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Previu MSL 2017: Melaka United Musim 2017 Adalah Musim Besar Bumi Hang Tuah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN