Krystian Bielik: Maaf Peminat Arsenal. Saya Masih Tidak Bersedia Lagi Bermain Untuk Pasukan Utama Arsenal.

Temuramah ini disiarkan dalam akhbar utama Poland, Gazeta Wyborcza pada 15 Januari 2015 (Jumaat, 16 Januari 2015 waktu Malaysia). Ia dikendalikan oleh wartawan akhbar berkenaan, Bartlomiej Kubiak selepas pemergian Krystian Bielik disahkan oleh kelabnya.

Temuramah ini diterjemahkan di /r/Gunners/ dari bahasa Polish ke English sebelum diterjemahkan ke bahasa Malaysia oleh kami.

Sumber: Jacek Prondzynski
Sumber: Jacek Prondzynski

Bartlomiej Kubiak (BK): Adakah anda pernah terasa letih kerana Legia mengambil masa berminggu-minggu lamanya untuk mencapai persetujuan dengan kelab lain yang mahukan khidmat anda?

Krystian Bielik (KB): Oh, ya. Saya tak nafikan kekeliruan ini membuatkan saya sedikit letih.

BK: Mesti anda rasa penat juga selepas perjalanan jauh ke England  dan Jerman. Hujung minggu lepas anda berada di Hamburg. Adakah lawatan ke Hamburg itu hanya untuk melawat ataupun memang anda datang untuk berbincang tentang tawaran Hamburg kepada anda?

KB: Saya datang ke Hamburg untuk melihat bagaimana kelab beroperasi. Jurulatih Hamburg, Josef Zinnbauer banyak memberitahu perkara-perkara yang menarik tentang Hamburg. Beliau memberitahu cara saya bermain sesuai dengan konsep bola sepaknya dan mahu saya bermain sebagai dalam posisi ‘nombor 8’ sebagai attacking midfielder. Beliau berkata saya boleh menjadi pemain utama pasukan dalam masa 6 bulan.

Jurulatih Hamburg, Josef Zinnbauer turut berminat mendapatkan Bielik (Photo by: Martin Rose/Bongarts/Getty Images)
Jurulatih Hamburg, Josef Zinnbauer turut berminat mendapatkan Bielik (Photo by: Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

BK: Adakah anda pergi ke Hamburg berseorangan?

KB: Oh tidak. Saya pergi dengan ibu bapa saya menaiki kereta api. Apa yang menariknya, Hamburg menjamin saya akan menikmati perkhidmatan kereta api kelas pertama jika saya mahu berulang-alik dari Jerman ke Poland.

BK: Dengar-dengar kata orang, Arsenal menawarkan kontrak yang lebih baik kepada anda. Adakah ini benar?

KB: Ya, tapi taklah banyak sangat berbeza daripada tawaran Hamburg.

BK: Mengapa anda mengambil keputusan untuk pergi ke Arsenal?

KB: Pertama sekali, kerana Arsene Wenger. Beliau seorang lagenda, dan bos oleh staf dan pemain-pemain Arsenal. Di Hamburg, pasukannya mempunyai jurulatih yang sangat muda dan sasaran musim mereka adalah untuk mengelak daripada tersingkir dari liga. Ini banyak mempengaruhi keputusan saya. Ya, Zinnbauer memberi jaminan pada musim akan datang, beliau akan memberi keutamaan kepada pemain muda, tetapi pelan dan visinya sangat berisiko kepada pasukan.

Baca: 10 Pemain Muda Power Yang Perlu Anda Tahu Dalam Euro 2016

Datang ke Arsenal, peluang saya mungkin lebih terhad. Tetapi jika saya fokus kepada perkembangan saya dalam masa 3-4 tahun, saya akan bermain di pentas tertinggi bola sepak. Tambahan pula, Arsenal adalah antara pasukan yang kuat di Eropah dan memang lebih bagus daripada Hamburg SV. Saya akan datang ke London untuk memenuhi impian saya. Saya mahu membuktikan kepada bos yang beliau tidak membuat kesilapan mendapatkan khidmat saya. Tetapi itu tidak bermakna saya mahu terus bermain untuk pasukan utama. Saya tak bersedia lagi.

Arsene Wenger mempunyai rekod yang baik dengan midfielder muda (Sumber: diplomat.so)
Arsene Wenger mempunyai rekod yang baik dengan pemain tengah yang muda (Sumber: diplomat.so)

BK: Adakah anda takut?

KB: Sudah tentu saya takut. Orang bodoh sahaja yang tak takut.

BK: Mengapa?

KB: Bukan apa. Saya percaya dengan skil dan kebolehan saya, tetapi saya pergi ke kelab baru, tempat baru, dan saya tak tahu apa yang menanti saya. Saya menjangkakan saya akan mempunyai saat-saat gembira dan sedih di sana. Tetapi saya dah tahu asam garam bola sepak walaupun saya muda. Semasa saya berusia 14 tahun, saya pernah mendapat kecederaan yang membuatkan saya tidak dapat bermain selama 7 bulan. Ianya sangat sukar. Saya bersekolah asrama di Poznan, tanpa ibu-bapa saya. Sudahlah saya rindukan mereka, saya tidak boleh turun berlatih pula. Tetapi saya berjaya mengatasinya. Selepas kecederaan tersebut, saya dapat bermain di final Nike Cup, dan kemudian mendapat tawaran kontrak di akademi Lech Poznan.

Selepas beraksi cemerlang di akademi Lech Poznan, gergasi Liga Poland Legia Warszawa menandatangani Bielik (sumber:  Sport.faktl.pl)
Selepas beraksi cemerlang di akademi Lech Poznan, gergasi Liga Poland Legia Warszawa menandatangani Bielik (sumber: Sport.faktl.pl)

BK: Ariel Borysiuk, Rafał Wolski, Dominik Furman – apakah persamaan mereka bertiga?

KB: Mereka pernah bermain untuk Legia.

BK: Tahukah anda mereka berpindah ke kelab besar Eropah ketika Januari tetapi masing-masing gagal menempa nama dalam karier bola sepak mereka. 

KB: Saya tak melihat jendela perpindahan Januari dari sudut itu. Saya tahu orang akan cuba membuat kesimpulan daripada kejadian-kejadian seperti ini tetapi banyak kesimpulan tersebut datang daripada orang yang tak pernah bermain bola sepak pun. Kita perlu lupakannya.

BK: Anda akan pergi ke London dengan siapa nanti?

KB: Dengan Paul Hardej, yang bekerja dengan pengurus saya Cezary Kucharski dan peninjau bakat (scout) Arsenal, Tom Pasieczny. Pelan asalnya adalah melakukan ujian kesihatan pada hari Jumaat (16 Januari), rehat pada Sabtu, ibu-bapa saya datang pada hari Ahad dan pada hari Isnin, saya menandatangani kontrak bersama Arsenal.

BK: Anda sudah ada apartment di London?

KB: Untuk permulaan, saya akan tinggal di hotel dahulu. Selepas 2-3 minggu, saya akan menetap dengan keluarga angkat Inggeris yang bekerja di Arsenal. Peraturan di UK menetapkan pemain bawah 18 tahun perlu mendapatkan penjaga yang sah.

BK: Akhir sekali, bagaimana dengan penguasaan bahasa Inggeris anda?

KB: Saya takkan menipu, bahasa Inggeris saya masih teruk. Sejak 6 bulan yang lepas, saya banyak mengambil kelas bahasa Inggeris dan saya sudah boleh faham kebanyakkan perkataan bahasa Inggeris. Tapi saya masih belum petah bercakap lagi. Tapi saya rasa saya boleh kuasainya dengan cepat sebab saya akan duduk dengan keluarga Inggeris dan belajar di kelas intensif 3 jam sehari. I’ll be fine.

Baca: 5 Lagu Arsenal (Chant) Yang Wajib Anda Hafal Jika Anda Penyokong Arsenal

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN