5 Lagu Arsenal (Chants) Yang Wajib Anda Hafal Jika Anda Penyokong Arsenal

Tiada hari yang lebih baik bagi peminat Arsenal daripada hari pasukan mereka menewaskan Manchester United dan mara ke Wembley.

Awal pagi tadi ketika Arsenal mendahului 2-1 dan Angel di Maria dibuang padang, hampir 10,000 penyokong Arsenal di Old Trafford menyanyikan lagu klasik ‘She Wore’ sehingga jelas kedengaran jika anda menonton perlawanan tersebut.

Apakah maksud disebalik lagu ‘She Wore’ tersebut? Apakah sejarah lagu tersebut kepada penyokong Arsenal sehingga dijadikan salah satu chants (lagu sorak) mereka? Bagaimanakah caranya untuk menyanyikan chant tersebut? Apakah chants Arsenal yang lain yang perlu anda tahu jika anda mahu menjadi penyokong Arsenal nombor satu?

Kami berikan anda 5 lagu Arsenal yang popular yang perlu anda hafal serta-merta.

1. And It’s Arsenal

Tak kira di dalam atau luar Emirates Stadium, ini adalah chant penyokong Arsenal yang paling kerap dinyanyikan. Ia dinyanyikan mengikut melodi korus lagu rakyat Ireland yang bertajuk Wild Rover (1979) dengan liriknya diubah sedikit.

And it’s Arsenal,
Arsenal FC,
We’re by far the greatest team,
The world has ever seen….

2. She Wore A Yellow Ribbon

Kali pertama Arsenal memakai jersi berwarna kuning di final FA Cup adalah pada tahun 1950. Kebetulan pula, pada 1949 John Wayne (lagenda filem spaghetti Western) membintangi sebuah filem Western popular yang bertajuk ‘She Wore A Yellow Ribbon’. Penyokong Arsenal pada ketika itu mengambil melodi lagu berkenaan dan mengubah lirik untuk meraikan kejayaan Arsenal melangkah ke final Piala FA 1950.

Pada era 70-an, lagu ini kembali popular setelah tenggelam selama sedekad apabila Arsenal mara ke final FA Cup selama 3 tahun berturut-turut pada 1978, 1979 dan 1980.

Lagu ini dinyanyikan khas dalam FA Cup dan apabila Arsenal mara ke Wembley sahaja.

She wore! She wore! She wore a yellow ribbon!
She wore a yellow ribbon in the merry month of May,
And when! I asked! Oh why she wore that ribbon!
She said its for the Arsenal and we’re going to Wembley!

3. Oooh To Be A Gooner

Penyokong Arsenal menggelar mereka ‘Gooner’ kerana dua sebab:

  1. Penyokong Tottenham Hotspurs (The Yids) menggelar penyokong Arsenal sebagai ‘goons’
  2. Sebilangan penyokong Arsenal yang selalu minum di pub sekitar Holloway Road memanggil kumpulan mereka ‘The Goon Squad’ yang diambil daripada lirik lagu ‘Fashion’ oleh David Bowie.

Oooh to, oooh to be, oooh to be a Gooner!
Oooh to, oooh to be, oooh to be a Gooner!
Oooh to, oooh to be, oooh to be a Gooner!
Oooh to, oooh to be, oooh to be a Gooner!

4. Que Sera Sera

Seperti chant ‘She Wore’, Que Sera Sera adalah lagu khas apabila Arsenal layk bermain di Wembley. Seperti chant yang lain, melodi chant ini diambil dari lagu klasik Doris Day yang bertajuk Whatever Will Be, Will Be (Que Sera, Sera). Lirik lagu tersebut diubah oleh penyokong Arsenal untuk memberitahu walau apa pun keputusan di Wembley (kalah atau menang) mereka tetap berbangga dengan Arsenal.

Que sera sera,
Whatever will be, will be,
We’re going to Wemberly,
Que sera sera…

5. We Hate Tottenham

Tiada sejarah khusus di sini. Penyokong Arsenal benci penyokong Tottenham Hotspurs hanya kerana mereka adalah Tottenham Hotspurs.

(What do you think of Tottenham?) SHIT!
(What do you think of shit?) TOTTENHAM!
(Thank you!) THAT’S ALRIGHT!
We hate Tottenham and we hate Tottenham! We hate Tottenham and we hate Tottenham!

Beberapa chants Arsenal yang lain (honorable mentions):

1. Giroud (mengikut melodi Hey Jude oleh The Beatles)

2. One Arsene Wenger

3. She Said No Robin (dinyanyikan apabila Robin van Persie bermain menentang Arsenal)

4. BFG (Per Mertesacker)

5. Santi Cazorla (mengikut melodi Seven Nation Army oleh The White Stripes)

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN