Kritikan Jurulatih Jepun Terhadap Kualiti Pemain J League

Halilhodzic

Jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Vahid Halilhodzic telah diberikan masa selama sebulan bagi “memeriksa” kemampuan fizikal pemain dalam J League, dan beliau tidak gembira dengan apa yang dilihatnya.

Vahid yang berumur 62 tahun itu menjadi jurulatih Jepun pertama yang menyertai mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif J League yang diadakan pada hari Selasa, dimana beliau telah menyuarakan ketidakpuastian mengenai liga domestik Jepun.

Dokumen telah diberikan kepada semua yang menyertai mesyuarat termasuklah dokumen mengenai peratusan lemak dalam badan pemain yang menyertai pasukan kebangsaan pada perlawanan persahabatan pada Mac lalu, dan penyerang Gamba Osaka, Takashi Usami telah menjadi topik utama kerana beliau merekodkan 14.1 %.

Usami

” Usami berbakat besar dan saya menaruh harapan tinggi padanya.” kata Vahid Halilhodzic mengenai Usami.

” Beliau perlu bekerja lebih keras dan jika mampu memenuhi “expectations” saya, Usami mampu bermain di mana mana kiga Eropah”.

” Ramai pemain dalam J League tidak cukup bersedia dari segi fizikal”

vegalta

Topik lain yang dibincangkan oleh bekas jurulatih Algeria itu adalah berkenaan fasiliti rehabilitasi pemain yang cedera, penekanan yang lebih kuat pada serangan balas bagi akademi remaja dan kualiti pengadilan yang lebih bermutu.

” Pengadil J League terlalu mudah meniupkan wisel walaupun hanya sentuhan yang minima. Anda tidak dapat lihat perkara seperti ini di Eropah.”

nishimura

” Jika kita mahu melihat pemain lebih kuat semasa memegang bola, taraf pengadilan perlu ditukar dengan segera.”

**Artikel ini disumbangkan oleh Fanpage J League Malaysia. Like J League Malaysia di Facebook untuk mendapatkan info terkini mengenai J League.

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN