Kompilasi Tweet Terbaik PSG vs Barcelona.

Barcelona menang 3-1 ke atas Paris Saint-Germain awal pagi semalam. Dengan kemenangan ini, kami jangkakan tumpuan pastinya diberikan kepada trio Suarez, Messi dan Neymar yang memberikan aksi memukau. Tapi, jangkaan kami meleset apabila David Luiz merupakan tumpuan utama media selepas 2 kali di nutmeg (selalu kalau main futsal orang sebut “OLE”) oleh Luis Suarez.

Kami bawakan khas kepada anda tweet terbaik dari seluruh dunia berkenaan insiden ini:

Nota ringkas: Ini bukan kali pertama David Luiz kena “OLE” dengan Luis Suarez.

FYI: David Luiz dibeli dengan nilai 50 juta pounds dari Chelsea oleh PSG.

Untuk berlaku adil pada David Luiz, beliau sebenarnya baru sahaja mengalami kecederaan hamstring semasa 5 April ketika menentang Marseille. Kecederaan tersebut dijangka pulih dalam tempoh sebulan, tapi disebabkan Thiago Silva mengalami kecederaan pada awal babak pertama, Laurent Blanc terpaksa membawa masuk David Luiz walaupun berisiko tinggi.

Ini merupakan instagram ibu David Luiz, Dona Regina yang sentiasa menyokong anaknya walaupun di troll seluruh dunia.

mae-david-luiz

I have a son and I always will! His head held high, with a ball at his feet. God knows everything! Jesus is fighting for us until this day and yet we still have people who judge! Who are we to judge you! I will always love you after the good games, and even more after those that don’t go well!

Mak mana yang tak sayang anak kan?

Baca: Troll Dari FC Basel Untuk Chelsea, Liverpool & Tottenham

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN