Juara Dunia Perancis berdepan dengan krisis kecederaan menjelang aksi pusingan 16 terakhir Euro 2020 bertemu Switzerland pada Isnin ini membuatkan ketua jurulatih Didier Deschamps bergelut untuk menyenaraikan kesebelasan terbaiknya.
Pasukan itu muncul juara kumpulan F dengan mengumpul lima mata selepas menang satu ke atas Jerman dalam aksi pembukaan sebelum seri berdepan Hungary dan Portugal.
Dalam aksi terakhir kumpulan bertemu juara bertahan itu, Lucas Hernandez dikeluarkan selepas masa rehat disebabkan kecederaan lutut. Penggantinya Lucas Digne pula disahkan mengalami kecederaan hamstring dan kedua-dua mungkin terpaksa diketepikan untuk aksi berdepan Switzerland.
Lucas Hernández is looking likely to start for France against Switzerland on Monday. Hernández's knee problem is not serious and the injury of Lucas Digne leaves Didier Deschamps with no other choices at left-back [@lequipe] pic.twitter.com/le9IwtMDr4
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) June 26, 2021
Deschamps mungkin terpaksa meletakkan Adrien Rabiot di posisi bek kiri, tetapi pemain tengah Juventus itu juga masih belum cergas sepenuhnya dari kecederaan buku lali yang dialaminya pada penghujung musim lalu.
Menjadikan keadaan lebih teruk, Thomas Lemar dan Marcus Thuram juga mengalami kecederaan kaki ketika sesi latihan.
Ousmane Dembele pula telah disahkan tidak akan beraksi untuk baki saingan kejohanan ini selepas mengalami kecederaan lutut serius ketika aksi menentang Hungary tempoh hari.
Sungguhpun begitu, dengan kelebihan reputasi pemain di setiap posisi, Perancis masih diletakkan selaku pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir. Kali terakhir Switzerland mara ke peringkat suku akhir adalah semasa Piala Dunia 1954 ketika menjadi tuan rumah kejohanan.
4 – Switzerland have reached the knockout stage at each of the last four major tournaments (Euros and World Cup), the only other teams to do so are France and Belgium. Achievement. #SUI #EURO2020 pic.twitter.com/IZM4fgm6ed
— OptaFranz (@OptaFranz) June 21, 2021
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan juga menyaksikan Perancis tidak pernah tewas kepada Switzerland dalam perlawanan kompetitif.
Pemenang perlawanan ini akan bertemu sama ada Sepanyol atau Croatia di peringkat suku akhir.
Karim Benzema yang enam tahun ‘dibekukan’ bersama skuad kebangsaan kembali menemui sentuhan jaringannya di peringkat antarabangsa selepas menjaringkan dua gol ketika bertemu Portugal.
Deschamps kini sedang memburu rekod untuk menjadi individu pertama yang menjuarai Piala Dunia dan Euro selaku pemain dan jurulatih.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Euro 2020:
Goran Pandev: Berakhirnya Langkah Panglima ‘Alexander The Great’ Bersama Mecedonia Utara