Cristiano Ronaldo Dilempar Botol Coca-Cola Di Puskas Arena

Pemain bintang Cristiano Ronaldo dilempar dengan botol Coca-cola dari tempat duduk penyokong ketika perlawanan peringkat Kumpulan F Euro 2020 melibatkan Portugal menentang Perancis.

Ronaldo yang kini berusia 36 tahun menjadi perhatian di Euro 2020, bukan hanya kerana kemampuan dan gol yang dijaringkan oleh pemain itu, tetapi disebabkan karakternya.

Dalam perlawanan menentang Perancis pada awal pagi tadi, Ronaldo mencetak dua gol. Dua gol tersebut mengesahkan laluan Selecao das Quinas mara ke pusingan kalah mati

Selain perlawanan antara yang menarik perhatian ramai ialah momen kapten Portugal itu dibaling dengan botol Coca-cola ketika meraikan jaringannya.

Momen tersebut sempat dirakam melalui foto dan dikongskan oleh ESPN. Bukan sahaja botol Coca-cola, Ronaldo turut dibaling dengan botol air mineral. Insiden itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Ronaldo sebelum ini.

Ketua pasukan Portugal yang akan menjadi pemain pertama beraksi di lima kejohanan Euro sebelum ini telah hadir untuk sidang media bersama pengurus Portugal, Fernando Santos selepas perlawanan menentang Hungary.

Pemain veteran berusia 36 tahun itu tampak tidak berpuas hati dan terganggu dengan kehadiran dua botol selepas duduk dimeja sidang media dengan muka yang ketat.

Ronaldo kemudiannya menolak dua botol coca cola itu ke tepi, dan tidak kelihatan dari bingkai kamera sambil memberikan isyarat ‘agua’ merujuk kepada ‘minum air kosong, bukannya air berkarbonat’.

Lantaran reputasi besar yang ada pada Cristiano Ronaldo dan juga jenama besar pada minuman yang dialihkan maka telah mencetuskan kontroversi yang besar tanpa sengaja.

Ini kerana Cristiano Ronaldo pernah membintangi iklan Coca-Cola Jepun sempena Piala Dunia 2006. Dalam iklan tahun 2006 itu Ronaldo telah melakukan beberapa skill dengan bola di dalam peti sejuk dan menggelecek di antara tin Coca Cola sebelum meneguk minuman itu.

Namun kini semuanya sudah berubah. Cristiano Ronaldo yang sangat menjaga kesihatan dan pemakanan dikatakan telah mengalihkan Coca-Cola kerana tidak sukakan minuman bikarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi Cristiano Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-31 melalui sepakan penalti setelah Hugo Lloris dipersalahkan kerana menjatuhkan Danilo Pereira.

Karim Benzema menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak pertama, juga melalui sepakan penalti selepas Kylian Mbappe dijatuhkan oleh Nelson Samedo.

Benzema kemudiannya meletakkan Perancis di hadapan selepas cemerlang menanfaatkan hantaran Paul Pogba.

Ronaldo bagaimanapun sekali lagi menyempurnakan penalti pada minit ke-60 perlawanan selepas Jules Kounde dipersalahkan pengadil kerana bola terkena tangan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Cristiano Ronaldo:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

[VIDEO]: Cristiano Ronaldo Berlari Sepantas 32KM/J Untuk Gol Pertama Portugal

Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?

Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN