Deschamps Ubah Fikiran, Benzema Bakal Kembali Menyarung Jersi Perancis Di Euro 2020

Karim Benzema Didier Deschamp Perancis

Adakah anda masih ingat, bilakah kali terakhir Karim Benzema menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis? Ianya adalah enam tahun yang lalu.

Menjelang Euro 2020 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, timbul kejutan apabila penyerang Real Madrid itu dilaporkan bakal dipanggil semua untuk membantu Les Blues di kejohanan tersebut.

Didier Deschamps sebelum ini telah beberapa kali mempertahankan keputusannya dengan menafikan peluang penyerang berusia 33 tahun itu untuk bersama pasukannya termasuk Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.

Beliau ‘dihukum’ kerana isu ugutan terhadap bekas rakan sepasukannya Mathieu Valbuena dan kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah sehingga hari ini.

Bagaimanapun kurang tiga minggu sebelum kejohanan paling berprestij di Eropah itu bermula, beberapa laporan media mendedahkan jurulatih berusia 52 tahun itu telah mengubah fikirannya.

Sekiranya berita tersebut menjadi kenyataan, ini bermakna Perancis bakal diperkuatkan dengan trio serangan yang cukup digeruni iaitu Benzema, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

Musim ini Benzema merupakan penjaring terbanyak Real Madrid dengan 29 gol dan masih berpeluang untuk membantu pasukannya bersaing dengan Atletico Madrid bagi merebut kejuaraan La Liga menjelang hari terakhir.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah menyumbang 27 gol dari 81 penampilan dan kali terahir beliau menjaringkan gol dalam kejohanan besar adalah pada Piala 2014 dengan empat gol.

Namun perkembangan terbaharu ini tentunya akan timbul perdebatan mengenai kedudukan Olivier Giroud yang telah menjadi penggempur utama Perancis untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Penyerang Chelsea itu merupakan penjaring kedua terbanyak negaranya dengan 44 gol di belakang Thiery Henry.

Bagaimanapun di sebalik pencapaian itu, Benzema pernah memperkecilkan kemampuan Giroud dalam Instagram Live dengan berkata dirinya tidak boleh dibandingkan dengan Giroud kerana beliau pemain yang lebih bagus.

“Saya tahu saya kereta Formula 1. Anda tak boleh samakan kereta F1 dengan go-kart. Itu dah habis puji dah itu.

“[Giroud] menjadi kerana dia sahaja penyerang [Perancis]. Itu sahaja. Tak ada apa yang menarik pun.”

“Griezmann dan Mbappe nampak menyerlah bila [Giroud] main kerana dia tak boleh buat apa-apa yang menarik pun. Tapi adakah semua orang suka cara dia main? Saya tak tahu.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?

Sah Mahu Tinggalkan Tottenham, Ke Manakah Hala Tuju Harry Kane Selepas Ini?

13 Fakta Menarik Mengenai Gol Tandukan Alisson Becker Yang Buat Penyokong Liverpool Teruja

Leave a Reply