Koscielny Tulis Surat Dedahkan Betapa Pentingnya Panggilan Ke Skuad Kebangsaan

Pertahanan Perancis dan bintang Arsenal, Laurent Koscielny yang tersisih daripada Piala Dunia 2018 susulan kecederaan otot Achilles, menulis surat bagi memberi semangat kepada rakan sepasukannya.

Pemain berusia 32 tahun itu yang mempunyai 50 penampilan bersama skuad kebangsaan dibawa keluar ketika kekalahan Arsenal di peringkat separuh akhir Liga Europa kepada Atletico Madrid, dua minggu lalu.

“Dia adalah lelaki yang kamu boleh bergantung harap dan saya memberitahunya jika dia mahu, dia lebih daripada dialu-alukan untuk melawat kami,” kata Deschamps.

“Ia adalah idea yang bagus dan saya menunjukkan surat itu kepada pemain. Ada segala-galanya dalam surat itu buat lelaki yang tahu betapa pentingnya panggilan untuk menyertai kejohanan antarabangsa.”

Persekutuan Bolasepak Perancis kemudian mendedahkan kandungan surat Koscielny kepada umum.

“Perkara paling utama ialah dapat bergaul dengan baik sesama kamu, kesemuanya, pemain-pemain dan juga staf,” kata Koscielny.

“Semua orang perlu bertarung dan melakukan perkara yang lebih untuk rakan sepasukan, semangat berpasukan adalah kuncinya.

“Seluruh negara ada di belakang kami dan akan bersorak untuk kamu. Sokongan ini, tenaga, kebanggaan dan semangat akan meningkatkan diri kami seperti pada Euro 2016,” kata Koscielny yang berada dalam skuad Perancis yang tewas di final kepada Portugal.

“Tahun ini, saya akan berada di sofa saya, menonton perlawanan di televisyen dan menjadi peminat nombor satu kamu.”

Berita mengenai surat Koscielny hadir selepas pemain tengah Paris Saint-Germain, Adrien Rabiot, enggan berada dalam senarai menunggu skuad Perancis yang berkumpul di pusat latihan di sini.

Koscielny mungkin akan bersara daripada skuad kebangsaan selepas selesai kejohanan Piala Dunia bagi memberi ruang kepada generasi baharu.

“Ketika sudah mencapai 32 tahun, saya mula rasa semakin berusia. Dengan adanya Sam Umtiti (pemain Barcelona) dan pemain lain yang baharu berusia 20 an, kini sudah tiba masanya,” kata Koscielny.

“Ianya satu keputusan yang penting. Saya sudah lakukannya buat pasukan Perancis tetapi berbaki enam bulan, saya mahu pastikan saya meninggalkan pasukan dengan kenangan yang indah.”

“Ada lima atau enam muka lama yang boleh beri persaingan kepada pemain muda. Kami belum lagi begitu berusia,” kata Koscielny yang sudah memiliki 49 kap bersama skuad Les Bleus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN