Vissel Kobe Bakal Jadi Destinasi Seterusnya Buat Andres Iniesta

Iniesta

Bekas pemain tengah berpengaruh Barcelona, Andres Iniesta memberikan bayangan jelas mengenai masa depan karier bola sepaknya selepas memilih untuk beraksi bersama kelab J League, Vissel Kobe.

Menerusi laman twitter milik beliau, Iniesta telah memuat naik gambarnya bersama-sama Presiden kelab Vissel Kobe, Hiroshi Mikitani dalam pesawat menuju ke Jepun.

”Menuju ke rumah baru saya, bersama rakan saya (merujuk kepada Hiroshi Mikitani).”

Itulah kata-kata yang jelas menamatkan desas-desus yang bermain di fikiran peminat bola sepak mengenai langkah seterusnya buat pemain berusia 34 tahun itu selepas meninggalkan Barcelona.

Dalam perkembangan yang sama, Mikitani juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat elektronik Jepun, Rakuten yang merupakan penaja utama Barcelona.

Menurut sumber dari Sky Sports, kelab yang kini sedang menduduki tangga keenam J League itu berjaya mengatasi persaingan kelab dari A-League Australia bagi mendapatkan khidmat Iniesta.

Musim lalu, Vissel Kobe berjaya membawa masuk Lukas Podolski ke kelab tersebut.

Dengan kehadiran Iniesta pastinya dapat meningkatkan moral pasukan kerana pemenang La Liga bagi sembilan musim itu masih mempunyai kualiti yang sangat baik untuk mengepalai jentera tengah pasukan.

BARCELONA, SPAIN – APRIL 21: Andres Iniesta of FC Barcelona looks on during the Spanish Copa del Rey Final match between Barcelona and Sevilla at Wanda Metropolitano stadium on April 21, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Sepanjang 16 tahun bersama Barcelona, Andres Iniesta telah beraksi sebanyak 674 perlawanan serta berjaya menjuarai saingan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak empat kali.

Di pentas antarabangsa pula, Iniesta telah membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan serta meraih dua kejuaraan Eropah pada tahun 2008 dan 2012.

Pengurus Sepanyol, Julen Lopetegui turut menyenaraikan nama Iniesta bagi membarisi skuad Piala Dunia 2018 di Russia pada bulan Jun nanti.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN