Azlan Johar Tidak Setuju Dengan Kemasukan Pemain Import ‘Kitar Semula’

Kemasukan pemain import lama yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia dengan pasukan lain dianggap sebagai punca liga Malaysia tidak berkembang.

Itulah kenyataan daripada bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yang berpendapat perkara itu terjadi disebabkan sikap pengurusan pasukan dan jurulatih yang hanya memikirkan jalan pintas untuk memperkuatkan pasukan, terutama pada jendela perpindahan pertengahan musim.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian, menyifatkan kemasukan pemain import kitar semula ini menunjukkan sikap pengurusan yang malas mengkaji dan meniliti kemampuan pasukan.

“Ini (ikat pemain kitar semula) menunjukkan prestasi kita masih di takuk lama. Kita sudah kenal dan tahu tahap kebolehan pemain ini, kalau 80 peratus, maka ia tidak lagi boleh lebih daripada 80 peratus.

“Bagi saya bukan mereka (pasukan) takut nak ambil risiko (pemain baharu tak menjadi), tapi mereka tak rajin meneliti, dan mengkaji kemampuan pasukan. Sepatutnya mereka mencari pemain baharu, bukan yang kitar semula.

“Memang liga kita takkan ada peningkatan kalau terus gunakan pemain kitar semula ini. Kalau prestasi pemain ini baik kenapa pasukan lama tak nak kekalkan mereka?

“Jadi sebab itu saya tidak berapa setuju apabila banyak pasukan guna pendekatan ambil pemain kitar semula ini dan ia bukan langkah yang baik untuk perkembangan liga,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Bekas pemain import Kelantan dan Terengganu menyertai pasukan Pahang.

Pahang antara pasukan yang mengambil pemain import yang mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia apabila menandatangani dua bekas pemain Kelantan dan Terengganu, Austin Amutu dan Issey Nakajima-Farran sejak jendela perpindahan kedua dibuka.

Malah, Kedah turut mengikat bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Paulo Rangel selain PKNS FC juga dilaporkan berada dalam proses membawa kembali bekas pemain mereka, Gabriel Guerra.

Menurut Berita Harian, Azlan menyifatkan kehadiran semula pemain kitar semula ini juga dilihat gagal memberi elemen kejutan yang maksimum untuk menarik minat penyokong ke stadium.

“Bola sepak adalah perniagaan di mana kita mengharapkan penyokong datang ke stadium untuk mendapatkan pendapatan. Jadi kita perlukan elemen kejutan.

“Tapi apa elemen kejutan yang ada pemain kitar semula? Tiada, sebab peminat memang sudah kenal mereka. Jadi tiada apa yang baharu.

“Tapi macam pemain tempatan pergi ke pasukan lain memang tindakan yang wajar kerana ia menunjukkan prestasi mereka semakin meningkat dan sebab itu dapat tawaran baharu,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN