Ronaldo Tidak Sabar Turun Beraksi Menentang Liverpool

Real Madrid

Menjelang aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool, bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo tidak merancang untuk memperlahankan rentaknya sebaliknya menganggap dirinya sedekad lebih muda berbanding usianya kini iaitu 33 tahun.

“Ketika ini usia biologi saya adalah 23 tahun,” kata pemain terbaik dunia lima kali itu dalam satu wawancara.

“Saya masih mempunyai banyak masa lagi, saya boleh bermain sehingga berusia 41 tahun. Saya rasa hebat dan gembira. Saya tidak mengeluh. Kami akan berdepan satu lagi final pada Sabtu dan peminat setia di belakang Cristiano.”

Ronaldo adalah penjaring terbanyak Liga Juara-Juara untuk tahun keenam berturut-turut, menjaringkan 15 gol dalam 12 perlawanan musim ini.

Jika dia menjaringkan gol ke atas Liverpool di Kiev Sabtu ini, dia akan menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam empat final Liga Juara-Juara.

Pemain Portugal itu menggalas tugas tambahan di bahagian serangan Madrid musim ini memandangkan Karim Benzema dan Gareth Bale masing-masing bergelut pada peringkat tertentu musim ini.

Ronaldo bagaimanapun dilihat kurang berminat dengan spekulasi media mengaitkan penyerang Paris St Germain Neymar dengan perpindahan ke Real dan menyokong rakan sepasukan.

“Saya berada di sini selama lapan tahun dan orang sentiasa berkata 50 pemain datang ke sini tetapi pada akhirnya tiada siapa pun yang datang.

“Pada September orang ramai beranggapan ramai pemain akan datang tetapi pemain yang membawa kami ke final sentiasa orang yang sama,” katanya.

“Pemain terbaik sudah ada di Madrid. Bale, Benzema, (Lucas) Vazquez, (Marco) Asensio. Mereka semua ada di sini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN