Napoli Dilaporkan Berminat Untuk Mendapatkan Khidmat Mario Balotelli

Penyerang Nice, Mario Balotelli dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli selepas mengadakan pertemuan dengan jurulatih baharu kelab tersebut, Carlo Ancelotti semalam.

Kontrak pemain berusia 27 tahun itu bersama kelab Liga Perancis Ligue 1 bakal tamat pada bulan depan, dengan Balotelli dikatakan bersedia menerima tawaran dari pasukan lain.

Menurut laporan daripada Football Italia, Napoli dilaporkan berminat untuk mendapatkan Balotelli di samping berharap penyerang Dries Mertens dan kapten Marek Hamsik kekal bersama kelab itu musim depan.

Difahamkan, Balotelli mahu berpindah ke Selatan Itali itu kerana anak perempuannya, Pia tinggal di Naples bersama bekas kekasihnya, Raffaella Fico.

Balotelli telah disisihkan daripada skuad Itali sejak 2014 di bawah kendalian Conte dan Ventura walaupun bermain sangat baik ketika di Perancis. Balotelli menjadi pemain penting Itali dalam Euro 2012.

Baru-baru ini, Roberto Mancini yang diumum sebagai pengendali baharu Itali telah menyenaraikan kembali nama pemain nakal itu pertama kali selepas 4 tahun.

Bek sayap Chelsea, Emerson Palmier, bersama dengan Mattia Caldara, Daniele Baselli, Rolando Mandragora dan Domenico Berardi antara muka baru yang dipanggil.

Skuad ini akan berkumpul di kem kebangsaan di Coverciano, 5 hari sebelum perlawanan menentang Arab Saudi. Mereka akan menentang Perancis dan Belanda pada awal Jun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN