Saingan pasukan Asia untuk merebut slot automatik ke Piala Dunia 2018 di Russia sudah sampai ke penghujung.
Pasukan pilihan, Korea Selatan berjaya menempah tiket selepas seri tanpa jaringan dengan Uzbekistan.
Manakala Arab Saudi mengenepikan Australia bagi mengiringi Jepun dalam kumpulan B ke Piala Dunia 2018.
Kumpulan A
Syria gagal memanfaatkan peluang untuk mengenepikan cabaran Korea Selatan apabila gagal menewaskan Iran.
Syria hanya mampu seri 2-2 dengan juara Kumpulan A, Iran yang menyaksikan Tamer Mohamad menjaringkan gol pendahuluan buat Syria pada minit ke-13.
Serdar Azmoun menjaringkan dua gol untuk Iran bagi mendahului permainan. Omar al Sama berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan gol pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Dalam aksi serentak di Tashkent, Korea Selatan beraksi hadapan ribuan penyokong Uzbekistan. Mereka hanya mampu seri tanpa jaringan jaringan ia sudah cukup untuk membawa mereka merasai pengalaman ke-10 beraksi di kancah Piala Dunia.
Son Heung Min turut beraksi dalam perlawanan ini dan bermain hingga keseluruhan masa perlawanan.
Iran dan Korea Selatan telah mengesahkan tempat secara automatik ke Rusia. Syria pula akan beraksi dalam pusingan keempat kelayakan zon Asia.
Kumpulan B
Australia meraih kemenangan 2-1 menumbangkan Thailand. Namun begitu, kemenangan tersebut masih belum cukup untuk melayakkan skuad bimbingan Ange Postecoglou secara automatik.
Dua gol Socceroos dijaringkan oleh Tomi Juric pada minit ke-69 dan Mathew Leckie pada minit ke-86. Thailand mendapat gol tunggal melalui Pokklaw Anan pada minit ke-82.
Jaringan tunggal Fahad al Muwallad buat Arab Saudi pada minit ke-63 mengesahkan mereka ke Piala Dunia selepas menewaskan Jepun lebih awal ‘mengunci’ slot ke Russia.
Australia pula akan beraksi di pusingan keempat kerana meraih tempat ketiga kumpulan B. Ini kerana, tempat ketiga setiap kumpulan diberi slot pusingan keempat. Pemenang pusingan keempat akan beraksi dalam play-off antara benua.
Sungguh mendebarkan aksi aksi pusingan ketiga kelayakan Zon Asia ini bukan? Alangkah meriahnya persaingan ini menjadi tumpuan dunia kerana 2 slot automatik Asia hanya dapat diketahui pada hari terakhir persaingan.
Sumber :
FIFA – http://www.fifa.com/worldcup/preliminaries/asia/all-matches.html