Juan Mata Percaya Manchester United Mampu Raih Juara Liga Perdana Inggeris

Juan Mata

Juan Mata yakin Manchester United mempunyai apa yang diperlukan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekaligus merampas gelaran tersebut dari bekas kelabnya, Chelsea.

Dalam keyakinan yang dilaungkan, pemain tengah United itu tidak mahu pasukannya terbuai dengan permulaan liga yang meyakinkan apabila berjaya menang kesemua 3 perlawanan awal keatas West Ham United, Swansea City dan Leicester City.

Manchester United menamatkan saingan musim lalu ditempat ke-6 pada musim pertama dibimbing oleh Jose Mourinho.

Namun pengurus yang dikenali sebagai The Special One itu berjaya memimpin United bagi meraih kejuaraan Liga Europa bagi kembali membuat penampilan dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini serta turut menjuarai Piala Liga.

Mata percaya Red Devils akan mencabar lebih banyak kejayaan selepas ini dan kejuaraan liga adalah matlamat yang paling jelas kelihatan.

Beliau mengharapkan United dapat mengekalkan konsisten di tahap tinggi seperti persembahan yang ditampilkan pada bulan Ogos untuk menjadi antara pasukan yang bersaing merebut kejuaraan pada Mei tahun hadapan.

“Kepercayaan itu sentiasa ada disini, apabila anda bermain untuk kelab seperti ini, anda akan memulakan setiap persaingan yang percaya bahawa anda boleh menang,” jelas Juan Mata.

“Beberapa permainan buruk yang ditampilkan pada tahun lepas menggagalkan usaha kami untuk memenangi liga, tetapi kami perlu mencari konsistensi yang dapat membuat kami bertarung dalam beberapa bulan terakhir dan menjadi salah satu pasukan yang akan berada di sana (puncak liga).”

”Musim ini merupakan tahun kedua buat pengurus (Mourinho), dia mengenali semua orang dengan baik, kami saling mengenali antara satu sama lain.”

“Kami sangat gembira dengan permulaan kami, tetapi ia hanya sekadar permulaan. Kami telah memenangi tiga perlawanan dengan keyakinan dan bermain bola sepak yang baik.”

Rashford seorang yang isimewa menurut Juan Mata. Kredit foto: Mirror UK

Marcus Rashford yang telah bermula di dua perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini serta berjaya menjaringkan gol dalam kemenangan England 2-1 ke atas Slovakia pada hari Isnin, disifatkan oleh Mata sebagai ‘perkara yang besar’.

“Dari kali pertama kami melihatnya dalam latihan, kami tahu dia (Rashford) seorang yang istimewa,” kata Juan Mata.

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-gb/news/juan-mata-man-utd-win-premier-league/ghyfd1emnblx12jmxeltxn36k

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN