Kelayakan Piala Dunia 2018: Korea Selatan dan Arab Saudi Layak ke Rusia!

Piala Dunia 2018

Saingan pasukan Asia untuk merebut slot automatik ke Piala Dunia 2018 di Russia sudah sampai ke penghujung.

Pasukan pilihan, Korea Selatan berjaya menempah tiket selepas seri tanpa jaringan dengan Uzbekistan.

Manakala Arab Saudi mengenepikan Australia bagi mengiringi Jepun dalam kumpulan B ke Piala Dunia 2018.

Kumpulan A

Sedar Azmoun meraikan gol untuk Iran. Sumber: FIFA.

Syria gagal memanfaatkan peluang untuk mengenepikan cabaran Korea Selatan apabila gagal menewaskan Iran.

Syria hanya mampu seri 2-2 dengan juara Kumpulan A, Iran yang menyaksikan Tamer Mohamad menjaringkan gol pendahuluan buat Syria pada minit ke-13.

Serdar Azmoun menjaringkan dua gol untuk Iran bagi mendahului permainan. Omar al Sama berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan gol pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Dalam aksi serentak di Tashkent, Korea Selatan beraksi hadapan ribuan penyokong Uzbekistan. Mereka hanya mampu seri tanpa jaringan jaringan ia sudah cukup untuk membawa mereka merasai pengalaman ke-10 beraksi di kancah Piala Dunia.

Son Heung Min turut beraksi dalam perlawanan ini dan bermain hingga keseluruhan masa perlawanan.

Iran dan Korea Selatan telah mengesahkan tempat secara automatik ke Rusia. Syria pula akan beraksi dalam pusingan keempat kelayakan zon Asia.

Kumpulan B

Tomi Juric menjaringkan gol buat Australia. Sumber: FIFA.

Australia meraih kemenangan 2-1 menumbangkan Thailand. Namun begitu, kemenangan tersebut masih belum cukup untuk melayakkan skuad bimbingan Ange Postecoglou secara automatik.

Dua gol Socceroos dijaringkan oleh Tomi Juric pada minit ke-69 dan Mathew Leckie pada minit ke-86. Thailand mendapat gol tunggal melalui Pokklaw Anan pada minit ke-82.

Jaringan tunggal Fahad al Muwallad buat Arab Saudi pada minit ke-63 mengesahkan mereka ke Piala Dunia selepas menewaskan Jepun lebih awal ‘mengunci’ slot ke Russia.

 

Pemain Arab Saudi merayakan kejayaan ke Rusia.

Australia pula akan beraksi di pusingan keempat kerana meraih tempat ketiga kumpulan B. Ini kerana, tempat ketiga setiap kumpulan diberi slot pusingan keempat. Pemenang pusingan keempat akan beraksi dalam play-off antara benua.

Sungguh mendebarkan aksi aksi pusingan ketiga kelayakan Zon Asia ini bukan? Alangkah meriahnya persaingan ini menjadi tumpuan dunia kerana 2 slot automatik Asia hanya dapat diketahui pada hari terakhir persaingan.

Sumber :

FIFA http://www.fifa.com/worldcup/preliminaries/asia/all-matches.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN