Pasukan Negara Tetap Akan Lawan Korea Utara Di Pyongyang

Korea Utara VS Malaysia akan tetap diadakan di Pyongyang seperti yang dijadualkan walaupun terdapat kontroversi melibatkan 2 negara ini dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019.

Hal in disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin seperti dilaporkan oleh Astro Arena.

Tak akan ubah

Menurut Hamidin, pasukan negara akan menentang Korea Utara seperti biasa di Pyongyang seperti yang dijadualkan oleh pihak AFC.

Namun begitu, pihak FAM akan bersedia dengan sebarang perubahan melibatkan tarikh dan lokasi perlawanan sekiranya pihak AFC melakukan sebarang perubahan kepada perlawanan tersebut.

Perlawanan yang akan dilangsungkan pada 28 Mac itu akan membuatkan FAM akan sentiasa berhubung dengan Wisma Putra dan juga kedutaan besar Malaysia di Korea Utara mengenai keadaan keselamatan di sana.

Perlawanan Malaysia-Korea Utara di Pyongyang menjadi perlawanan hangat secara tiba-tiba kerana adik tiri Kim Jong Un iaitu Kim Jong Nam yang mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jong Nam dipercayai mati diracun oleh seorang wanita di KLIA semalam.

Mahu latihan awal

Jurulatih Datuk Ong Kim Swee dalam masa yang sama mahukan skuad negara berkumpul dalam satu latihan pusat yang dijadualkan dalam masa yang lebih awal.

Kim Swee mahukan latihan pusat tersebut diadakan seawal 11 Mac 2017.

Namun begitu, ia akan memaksa perlawanan Liga Malaysia pada 13 Mac dan 18 Mac akan ditangguhkan.

Dan Kim Swee perlu mendapatkan kebenaran pihak FMLLP untuk menangguhkan perlawanan liga demi skuad negara.

Baca juga: Bayern Munich Membelasah Arsenal 5-1 Di Allianz Arena

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN