Manchester City Sedia Membeli Dele Alli Dengan Rekod Perpindahan Dunia

Manchester City dikatakan sudah berkira-kira untuk membeli pemain baru bagi memperkemaskan musim baru 2017/18.

Antara pemain yang berada dalam radar mereka adalah maestro muda Spurs, Dele Alli.

Manchester City dikatakan sedia untuk memecahkan rekod pembeliau Paul Pogba £89 juta.

Minggu lalu Harry Redknapp turut menyatakan harga Dele Alli pastinya lebih £89 juta. Jika harga Paul Pogba yang dijadikan ukuran.

Ini kerana, Redknapp percaya Dele Alli adalah pemain tengah terbaik di England dan bakal menjadi yang terbaik di dunia pada usia kemuncak.

Redknapp juga berpendapat, Alli lebih baik daripada Paul Pogba.

Pep Guardiola diikatakan mencari pemain tengah yang boleh beroperasi secara multi-functional midfielder.

Pada musim ini Manchester City berhadapan dengan isu kualiti di bahagian tersebut.

Namun City dikatakan turut disaingi oleh  Real Madrid, PSG dan Manchester United yang turut menjadi antara kelab yang berminat mendapatkan Dele Alli.

Sebelum ini Spurs menyatakan mereka mahu mengekalkan pemain muda tersebut.

Alli telah menjadi pemain penting Mauricio Pochettino di White Hart Lane sejak menyertai kelab London tersebut.

Kontrak semasa Dele Alli akan tamat pada 2022. Jadi, ia bukan mudah untuk memancing beliau dengan harga yang tidak cukup tinggi.

Walaubagaimanapun, isu gaji dan peranan ejen mungkin akan menjadi salah satu plot twist kepada perpindahan ini.

Spurs sebelum ini ada rekod yang ketara dalam penjualan pemain-pemain bintang mereka jika harga ditawarkan adalah tinggi.

Gareth Bale pernah dijual dengan rekod perpindahan dunia. Adakah mereka akan mempertimbangkan sekali lagi jika harga Alli juga pada rekod perpindahan dunia memecahkan harga Paul Pogba.

Selain Dele Alli, Pep Guardiola juga berkira-kira untuk membawa bintang muda Juventus, Paul Dyabala ke Etihad.

Baca juga: Real Madrid Bangkit Tewaskan Napoli, Ronaldo Cipta Assist Ke-5, Benzema Pintas Thierry Henry

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN