Bayern Munich Membelasah Arsenal 5-1 Di Allianz Arena

Bayern Munich membelasah Arsenal dalam perlawanan yang boleh dikategorikan 1 way traffic milik pasukan tuan rumah.

Ia seperti dejavu di mana pasukan Arsenal tewas di sini dengan jumlah jaringan yang sama pada November 2015 namun ia berlaku di peringkat kumpulan.

Bayern Munich membelasah Arsenal sekali lagi

Arjen Robben menjaringkan gol pembukaan dengan gaya trademark beliau. Melakukan cut inside dari kawasan kanan dan melepaskan cubaan.

Ia seperti satu perkara asas untuk Robben. Makan, tidur dan gol cut inside. Jaringan tersebut turut melibatkan kesemua 11 pemain Bayern Munich dalam binaannya.

Bayern Munich menguasai 74% perlawanan menyebabkan Arsenal tidak berdaya untuk melakukan apa-apa dalam perlawanan ini selepas gol penyamaan oleh Alexis Sanchez.

Alexis Sanhcez terpaksa melakukan tindakan susulan untuk menjaringkan gol tersebut setelah sepakan penalti beliau diselamatkan.

Ia adalah satu-satunya momen terbaik Arsenal dalam perlawanan ini, iaitu menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa.

Bersambung babak kedua, Bayern Munich menjaringkan 3 gol dalam jarak 10 minit di antara minit ke-53 sehingga minit ke-63.

Ia petanda buruk kepada perlawanan UCL ke-100 Arsene Wenger. Dalam keadaan 4-1, Arsenal nampak sangat tertekan.

Bayern Munich rata-rata diwakili oleh kuda tua dalam perlawanan ini namun mereka jauh lebih bertenaga.

24 cubaan gol dilakukan Bayern Munich, 12 daripadanya adalah cubaan tepat. Manakala Arsenal hanya mampu melakukan 5 cubaan tepat daripada 7 cubaan gol.

Statistik cubaan gol Bayern Munich / Grafik: Telegraph

Thomas Muller melengkapkan malam gemilang Bayern Munich dan malam derita Arsenal dengan jaringan ke-5 pada minit ke-88.

Ia menjadikan Arsenal sebagai pasukan Inggeris pertama dibolosi sebanyak 200 kali dalam UCL.

Wenger: Kami perlukan keajaiban

Arsenal memerlukan keajaiban yang luar biasa untuk mengelakkan diri mereka tersingkir daripada peringkat 16 pasukan untuk kali ke-7 berturut-turut.

Kali terakhir Arsenal melepasi peringkat 16 pasukan ini adalah pada 2010 dengan menyingkirkan Porto. Niklas Bendtner melakukan hat trik ketika itu.

Kekalahan ini juga meletakkan tekanan yang lebih tinggi kepada pengendali, Arsene Wenger. Sebelum ini sudah kedengaran ramai penyokong mahukan beliau meletakkan jawatan.

Selepas perlawanan Wenger berkata:

“Kami kehilangan Koscielny pada kedudukan 1-1, dan kami seperti terjatuh . Secara keseluruhan saya akui mereka adalah pasukan yang lebih baik. Mereka bermain dengan baik.”

“Kami tidak bernasib baik, tetapi secara keseluruhan mereka pasukan lebih baik. Syabas Bayern.”

“Saya bukannya menjadikan kehilangan Koscielny sebagai alasan tetapi ia adalah penjelasan.”

“Gol ketiga Bayern adalah pembunuh kami. Tidak ada jalan kembali selepas itu.”

“Sudah tentu kita perlu keajaiban. Namun, perkara pertama adalah, kita perlu bangkit dan menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya.”

Baca juga: Statistik Menunjukkan Adrien Rabiot Raja Di Tengah Ketika PSG Membelasah Barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN