Atas Faktor Keselamatan, Skuad Negara Tak Akan Terbang Ke Korea Utara

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), baru-baru ini telah mengeluarkan sidang media mengenai status skuad pasukan negara yang akan pergi ke Korea Utara untuk aksi kelayakan Piala Asia 2019.

Hal ini menjadi rumit selepas ahli keluarga tiri pemimpin agung negara tersebut iaitu Kim Jong-Il iaitu Kim Jong-Nam di negara kita.

Pihak kerajaan Malaysia juga telah menghalau duta Korea Utara di Malaysia untuk terus berada di negara ini.

Tak jadi pergi

Menurut Datuk Hamidin Mohd Amin yang merupakan setiausaha agung FAM, beliau mendapat larangan skuad negara untuk terbang ke Korea Utara itu adalah dari pihak kerajaan Malaysia sendiri.

Hal ini selepas Menteri Belia & Sukan (KBS) iaitu Khairy Jamaluddin telah memberitahu arahan tersebut selepas kerajaan Malaysia risau akan keselamatan skuad negara sekiranya pergi ke sana.

Ia turut disokong oleh surat dari Ketua Setiausaha KBS sendiri iaitu Dato’ Lokman Ali.

Keputusan Kerajaan Malaysia itu dibuat selepas perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan baru-baru ini.

Pada mulanya, skuad negara dibenarkan untuk beraksi di Korea Utara selepas kerajaan Malaysia merasakan keadaan baik-baik saja.

Namun selepas kerajaan Malaysia mengalau duta Korea Utara iaitu Kang Chol dari Malaysia, terus pihak FAM melakukan permohonan sekali lagi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menukar lokasi perlawanan ke satu lokasi lain yang bukan di Korea Utara.

Perlawanan Korea Utara-Malaysia akan diadakan pada 28 Mac dan skuad negara akan memulakan latihan pusat seawal 13 Mac.

Baca juga: Azraai Khor Nafikan Khabar Angin Bakal Gantikan David Usop

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN