Marco Reus Cedera Lagi, Terpaksa Berehat Selama Sebulan

Bintang Borrusia Dortmund, Marco Reus sekali lagi mengalami kecederaan selepas beliau tercedera ketika aksi Bundesliga tempoh hari.

Beliau mengalami kecederaan ketika Borrusia Dortmund menang 6-2 ke atas Bayer Leverkusen.

Rehat sebulan

Reus memang dikenali sebagai pemain yang sering memperoleh kecederaan. Antara kecederaan yang dimiliki beliau yang paling diingati adalah ketika sebelum Piala Dunia 2014 yang menyaksikan beliau terlepas peluang untuk menjadi juara dunia.

Reus mengalami kecederaan di bahagian paha ketika perlawanan menentang Leverkusen itu. Kecederaan itu memaksa beliau untuk berehat daripada beraksi selama hampir 4 minggu selepas ini.

Dengan kecederaan itu, Reus akan terlepas beberapa perlawanan seperti aksi Bundesliga menentang Hertha Berlin dan juga Ingolstadt serta aksi penting UEFA Champions League menentang Benfica.

Kecewa

Menurut pengurus Thomas Tuchel beliau nyata kecewa dengan berita ini.

“Ia merupakan satu berita yang kurang baik untuk kami. Dalam beberapa perlawanan yang lalu, beliau jelas merupakan pemain yang memberikan semangat dan dorongan kepada kami.”

“Reus telah memberikan persembahan yang cukup baik dalam beberapa perlawanan serta beraksi di tahap yang tertinggi. Jadi kehilangan beliau pasti sedikit sebanyak akan merencatkan perancangan kami.”

Reus akan kembali menyertai pasukan selepas tempoh bola sepak antarabangsa berakhir.

Semoga cepat sembuh, Marco Reus.

Baca juga: Azraai Khor Nafikan Khabar Angin Bakal Gantikan David Usop

Leave a Reply