Azraai Khor Nafikan Khabar Angin Bakal Gantikan David Usup

Selepas aksi longlai ketika menentang Felda United tempoh hari, segelintir penyokong Sarawak mulai merasakan sudah tiba masanya David Usup untuk berundur.

Mereka tetap merasakan David Usup wajar diberikan penghargaan kerana menyelamatkan musim hambar Sarawak pada 2016 dan mengelakkan penyingkiran.

Walaubagaimanapun, penyokong Sarawak mahukan FAS untuk memikirkan isu mencari pengganti David Usup.

Ada juga yang mencadangkan agar David Usup dikembalikan semula ke jawatan pembantu jurulatih. Ini kerana beliau memiliki hubungan yang sangat baik dengan para pemain.

David Usup sebelum ini diberikan jawatan tetap oleh FAS selepas berjaya membantu Sarawak mengelakkan penyingkiran musim lalu.

Antara isu yang dipersoalkan oleh penyokong Sarawak adalah isu pengurusan dalam perlawanan (in-game management), pemilihan kesebelasan utama dan DNA taktikal pasukan Sarawak.

Sarawak memiliki pemain import yang agak berkualiti musim ini seperti Mark Hartmann dan Mateo Roskam.

Selepas kekalahan Sarawak di tangan Felda, tersebar di media foto Azraai Khor berada di Kuching. Ia telah mendapat perhatian ramai pihak.

Beberapa laman peminat Sarawak telah membuat spekulasi bahawa Azraai Khor adalah individu yang berpotensi untuk mennggantikan David Usup dalam masa terdekat.

Mereka juga agak teruja untuk tahu sekiranya berita itu benar, maka ia adalah berita gembira.

Azraai Khor masih belum melatih mana-mana pasukan sejak meninggalkan Kelantan pada Julai 2015. Beliau berbuat demikian setelah letih dengan tangan ghaib yang mengganggu tugas beliau.

Berbalik kepada isu desas-desus Azraai Khor yang dikatakan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan FAS, ia telah dinafikan yang empunya badan.

Azraai Khor menyatakan, dia ke Kuching kerana urusan peribadi dan tidak ada kaitan dengan bola sepak.

Beliau turut memberitahu beliau ada seminar di Kuching.

Sebagai rekod, musim ini Sarawak kini berada di tangga ke-11 iaitu zon penyingkiran.

Baca juga: Hooligan Rusia Bergaduh Sesama Sendiri, Kerisauan Menjelang Piala Dunia 2018 Semakin Kuat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN