Komen Van Dijk Tentang Kemampuan Ibrahima Konate

Ketua pasukan Liverpool, Virgil Van Dijk tampil menghamburkan pujian menggunung kepada rakan sepasukannya, Ibrahima Konate dengan beliau turut memberikan nasihat kepada bintang Perancis itu tentang bagaimana mahu menjadi pertahanan terhebat dunia.

Memandangkan Joel Matip kini terpaksa diketepikan atas masalah kecederaan, jelas sekali Konate memiliki kesempatan untuk turun beraksi dalam kesebelasan utama The Reds.

Pemain kebangsaan Perancis itu juga turut diturunkan ketika aksi terikat 1-1 bertemu Arsenal di Anfield dalam saingan Premier League kemarin.

Beliau dalam perlawanan tersebut berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Konate berjaya mengawal Gabriel Jesus dengan baik sepanjang perlawanan dan beberapa kali juga menjadi penghalang kepada serangan Gabriel Martinelli dari sudut sebelah kiri.

Ibrahima Konate mencatatkan statistik yang sangat baik sepanjang perlawanan selepas beliau cemerlang melakukan lima tackle, memenangi kesemua perebutan bola di udara serta lima perebutan bola di darat.

Melihat persembahan semasa Konate, rakan sepasukannya, Virgil Van Dijk tampil menghamburkan pujian menggunung kepadanya.

Bercakap menjelang aksi bertemu Burnley awal pagi esok, Van Dijk mendedahkan bahawa:

“Dia merupakan pertahanan yang menakjubkan. Dia ada segalanya yang diperlukan oleh pemain bola sepak era modern ini untuk menjadi centre-half terbaik. Terdapat terlalu banyak permintaan daripada kami.”

Van Dijk turut menyatakan tentang apa yang diperlukan oleh Konate untuk menjadi antara pemain pertahanan terhebat dalam dunia bola sepak.

“Kita bermain dengan bola, sentiasa berada di high line, kamu perlukan kelajuan dan perhatikan banyak ruang untuk bertahan dari belakang. Dia perlukan kelajuan dan kemahiran tandukan juga. Dia sudah lakukan itu dengan baik.”

“Sudah terbiasa untuk bermain setiap tiga hari, jaga tubuh badan kamu, atur perlawanan dan sesi latihan, dan atur untuk lakukan apa-apa hal lain.”

Van Dijk percaya Konate mempunyai bakat yang menakjubkan untuk menjadi pemain pertahanan terhebat dalam dunia bola sepak.

Selepas lebih 50 kali digandingkan bersama, maka tidak hairanlah mengapa Van Dijk sepertinya sudah sangat mengenali kemampuan rakan sepasukannya itu.

Ibrahima Konate menyertai Liverpool dari RB Leipzig pada musim panas 2021 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai €40 juta.

Beliau setakat ini sudah membuat 72 penampilan bersama The Reds dalam semua pertandingan dengan Konate cemerlang mencatatkan dua assists dan menjaringkan tiga gol sepanjang tempoh tersebut.

Musim ini, bintang berusia 24 tahun itu telah membuat 13 penampilan dalam saingan liga, dan beliau dijangka akan turut diturunkan dalam aksi pada boxing day nanti.

Van Dijk pertahankan Gomez yang terpaksa bermain di posisi berbeza

Virgil Van Dijk turut tampil mempertahankan rakan sepasukannya, Joe Gomez yang terpaksa bermain di posisi back kiri menggantikan Andrew Robertson dan Kostas Tsimikas.

Pilihan utama Liverpool untuk posisi tersebut, Robertson sudah tidak beraksi bersama skuad utama The Reds sejak 8 Oktober lalu kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Ketika pemain kebangsaan Scotland itu terpaksa direhatkan, Jurgen Klopp telah memberi tanggungjawab kepada Tsimikas untuk beraksi bersama skuad utama.

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan Greece itu juga terpaksa diketepikan pada ketika ini selepas beliau mengalami kecederaan ketika aksi bertemu Arsenal kemarin.

Dek kerana Liverpool kehilangan kedua-dua pemain di posisi back kiri itu, Van Dijk percaya yang Gomez boleh bermain di posisi itu dan akan berikan hasil yang baik kepada skuad.

“Dia (Gomez) sudah melakukan itu untuk kami. Dia lakukan dengan sangat baik. Saya sangat yakin dengan Joey dan juga kualiti yang dia ada.”

Gomez sudah empat kali diturunkan sebagai pemain back kiri untuk Liverpool sepanjang musim ini dan beliau berkemungkinan akan sekali lagi diturunkan dalam aksi bertemu Burnley nanti.

Walau sudah membuat 196 penampilan bersama Liverpool, namun sayangnya Gomez masih belum pernah menjaringkan sebarang gol untuk skuad dari Merseyside itu.

Beliau telah ditandatangani oleh Liverpool dari Charlton pada tahun 2015 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai €4.9 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN