PDRM Mungkin Akan Kekalkan Khidmat Uche Agba?

PDRM dijangka mungkin akan mengekalkan penyerang berbisa mereka pada musim ini iaitu Uche Agba pada saingan hadapan setelah sebelum itu pemain tersebut dilaporkan mendapat tawaran daripada beberapa kelab baharu.

Terdahulu laporan menyatakan Agba mungkin akan berpindah ke pasukan baharu selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi menyatakan penyerang tersebut menerima beberapa tawaran daripada kelab dan luar negara.

3 Kelab Miliki Potensi Untuk Dapatkan Khidmat Uche Agba Musim Depan

Malah, kami di Semuanya BOLA juga turut melaporkan tiga kelab tempatan berpotensi untuk mendapatkan khidmat Agba pada musim hadapan seperti Sri Pahang, Kedah Darul Aman (Kedah), serta Perak untuk musim hadapan.

Walaupun begitu, Fadhirul secara eksklusif melaporkan Agba berkemungkinan akan kekal bersama PDRM dengan penyerang tersebut dilaporkan masih menilai tawaran pasukan itu untuk musim hadapan.

Tampil dengan reputasi cukup memberansangkan musim ini, sudah tentu PDRM melihat peluang terbaik untuk cuba mengekalkan penyerang senior tersebut bagi saingan depan demi memperkukuhkan aspek serangan.

Musim ini menyaksikan Agba menjadi antara penyerang import paling mencuri tumpuan dalam saingan Liga M walaupun sudah berusia 37 tahun.

Walaupun pada usia Agba dilihat agak ketinggalan berbanding penyerang import lain di Malaysia, namun daripada segi lualiti pemain dari Nigeria ini masih mampu memberi sumbangan cukup besar di posisi hadapan.

Musim ini boleh dikatakan Agba berada pada prestasi yang cukup positif buat PDRM, selepas beliau membantu pasukan tersebut menjuarai Piala Cabaran MFL untuk edisi 2023 dengan begitu cemerlang.

Malah, penyerang dari Nigeria itu juga turut muncul selaku penjaring terbanyak kejohanan tersebut selepas beliau meledak lima gol secara keseluruhn untuk mengetepikan pencabar terdekat, Abu Kamara.

Selain itu, Agba turut membantu The Cops untuk menamatkan cabaran Liga Super pada musim ini di tangga kelapan musim ini selepas beliau turut meledak lima gol secara keseluruhan bersama empat bantuan jaringan.

Jika PDRM betul berharap untuk mengekalkan Agba, mereka perlu menawarkan kontrak dengan lebih baik kerana kini pemain tersebut turut diintai pasukan lain.

Malah, Agba sendiri pernah menyatakan di Astro Arena sebelum ini beliau masih berhasrat untuk terus kekal beraksi dalam saingan Liga M musim hadapan.

Pada pandangan anda, adakah Agba sepatutnya dikekalkan PDRM atau beliau perlu beraksi bersama kelab lain pada saingan musim depan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN