Penyokong Liverpool Bengang Lihat Man City Dapat Izin ‘Tayang’ Lencana FIFA Club World Cup

Penyokong Liverpool bengang selepas melihat Manchester City dapat kebenaran untuk memakai serta mempamerkan logo emas FIFA Club World Cup ketika beraksi dalam saingan Premier League nanti.

Manchester City berjaya mencipta sejarah baru selepas kejayaan mereka memenangi gelaran FIFA Club World Cup pertama kelab baru-baru ini.

The Citizens menjulang piala tersebut selepas menewaskan gergasi Brazil, Fluminense 4-0 di Jeddah.

Dua gol jaringan Julian Alvarez, satu gol jaringan Phil Foden dan gol sendiri dari Nino sudah cukup untuk mengesahkan kejayaan skuad kendalian Pep Guardiola itu untuk menjulang gelaran FIFA Club World Cup pertama kelab.

Selain mencipta sejarah pertama kali menjulang Piala tersebut, Man City juga turut catat sejarah menjadi kelab Inggeris pertama yang memenangi gelaran Champions League, Premier League, FA Cup dan FIFA Club World Cup pada musim yang sama.

Melihat kepada pencapaian mereka itu, maka tidak hairanlah mengapa Manchester City dianggap sebagai kelab terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Kesemua kelab yang memenangi gelaran FIFA Club World Cup akan diberikan lencana khas bagi menghargai kejayaan mereka menjadi juara dunia.

Menurut kenyataan daripada laman rasmi Manchester City sendiri, pihak kelab telah mengesahkan yang The Citizens akan memakai lencana tersebut sepanjang musim ini bermula pada aksi bertemu Everton minggu hadapan.

Berita tersebut sepertinya tidak diterima dengan baik oleh para penyokong kelab-kelab seteru kerana hal itu pertama kali berlaku dalam sejarah saingan Premier League.

Manchester United pernah memohon untuk melakukan hal sama pada tahun 2008 lalu, namun permintaan mereka telah ditolak.

Liverpool pula sementara itu hanya dibenarkan untuk memakai lencana tersebut sebanyak satu kali sahaja selepas kejayaan mereka menjuarai saingan FIFA Club World Cup pada tahun 2019 yang lalu.

Chelsea juga turut dibenarkan untuk memakai sekali sebelum mereka akhirnya dapat kebenaran untuk memakai lencana itu beberapa kali sepanjang musim 2021/22.

Manchester City pula kini dibenarkan untuk memakai lencana tersebut dalam semua perlawanan di pentas Premier League, Champions League dan juga FA Cup.

Tapi kenapa Manchester City diberi kelebihan untuk memakai lencana tersebut sepanjang musim, sedangkan kelab lain tak boleh?

Menurut laporan dari Footy Headlines, alasan kenapa Manchester City dibenarkan untuk memakai lencana tersebut dalam saingan Premier League adalah kerana berlakunya perubahan peraturan oleh pihak penganjur.

Walau sudah mendapat kebenaran, namun Man City masih belum memastikan sama ada mereka mahu memakai lencana itu atau tidak sepanjang musim ini.

Walau pihak kelab sendiri masih belum jelas sama ada mahu pakai atau tidak, namun mereka telah memberi kebenaran kepada peminat untuk menampal lencana tersebut pada jersi.

Para penyokong mempersoalkan keputusan Premier League itu tentang mengapa mereka membenarkan Man City untuk memakai lencana itu sedangkan kelab lain tidak.

Peminat juga mempertikaikan mengapa peraturan baru dibuat selepas Man City bergelar juara dan hal sama tidak berlaku sebelum ini.

Hal tersebut juga menyebabkan penyokong pasukan seteru menganggap Premier League sememangnya berat sebelah dan sentiasa menjadikan City sebagai anak emas mereka.

Tidak seperti Premier League, La Liga sudah sememangnya membenarkan kelab dari liga mereka untuk memakai lencana tersebut andai mereka menjuarai saingan FIFA Club World Cup.

Barcelona dan Real Madrid yang sebelum ini pernah memenangi gelaran tersebut dibenarkan untuk memakai lencana itu sepanjang musim.

Adakah Premier League benar-benar ubah peraturan kerana memang ada dalam perancangan mereka, atau ia berlaku kerana mereka terlalu manjakan Man City? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN