Jurgen Klopp Kecewa Dengan Penyokong Liverpool Kerana Hal Ini

Jurgen Klopp kecewa dengan aura di Anfield yang semakin lemah, dengan beliau berharap agar para penyokong akan mampu menghangatkan lagi atmosphere di gelanggang keramat mereka itu ketika aksi bertemu Arsenal nanti.

Pengurus dari Jerman itu gembira ketika melihat skuadnya berjaya membenam West Ham dengan keputusan 5-1 dalam aksi saingan League Cup awal pagi tadi.

Walau bagaimanapun, beliau sepertinya sedikit tidak gembira dengan aura di Anfield dan merasakan hal itu sedikit memberi impak kepada skuadnya.

The Reds berjaya mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di peringkat separuh akhir saingan EFL Cup musim ini selepas menewaskan West Ham awal pagi tadi.

Gol jaringan Dominik Szoboszlai, Cody Gakpo, Mohamed Salah dan dua gol dari Curtis Jones sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan bagi skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Namun begitu, walau sudah dominan sepanjang perlawanan tersebut, Klopp menegaskan yang beliau tidak begitu gembira melihat aura di Anfield.

Bahkan, beliau turut menegaskan agar para penyokong menghangatkan lagi atmosphere di stadium ketika aksi bertemu Arsenal pada hujung minggu nanti.

Bercakap ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan, pengurus dari Jerman itu mendedahkan tentang rasa kecewa beliau terhadap aura di Anfield dengan menyatakan bahawa:

“Saya tak begitu gembira dengan atmosphere di belakang saya. Saya tanya mereka, ‘Apa yang kamu semua mahu?’ kami sudah mengubah banyak hal, kami dominasi West Ham macam nak gila, kami terlepas peluang.”

Jelas Jurgen Klopp ketika sesi sidang media.

“Saya akan berada di stands, saya akan berdiri di sana, 100 peratus. Jika perlawanan Manchester United seteruk itu, kita perlu cakap, ‘oh maaf’ yang kami tak belasah mereka. Kita perlukan Anfield Sabtu ini.”

“Dari detik pertama tanpa saya ada pertengkaran dengan jurulatih lawan, kita perlukan kamu sejak detik pertama! Jika terlalu banyak bola sepak pada Disember, saya tak tahu kita tetap perlu bermain.”

“Jika kamu tak berada di tahap terbaik, bagi saja tiket kamu kepada orang lain.”

Komen Klopp itu keluar hanya beberapa hari sahaja selepas penjaga gol Manchester United, Andre Onana menegaskan bahawa beliau tak rasa apa-apa ketika ditanya tentang atmosphere di Anfield.

Walau Anfield dianggap sebagai neraka untuk pasukan lawan, namun Onana menegaskan yang beliau tak rasa apa-apa ketika beraksi di stadium tersebut.

Hal itu antara faktor yang menyebabkan Klopp meminta agar para penyokong menaikkan lagi atmosphere di Anfield supaya stadium itu kembali digeruni.

Liverpool dalam perlawanan itu sebenarnya berhak untuk mengutip tiga mata penuh, namun sayangnya skuad kendalian Jurgen Klopp itu gagal untuk melakukan hal tersebut.

Walaupun sudah mencipta lebih 23 peluang ketika bertemu United, namun suasana di Anfield sepertinya agak suram.

Gary Neville yang ketika itu bertugas untuk Sky Sports turut bercakap tentang hal sama kerana beliau merasakan suasana di Anfield ketika itu sedikit suram.

“Saya perlu katakan, ini adalah atmosphere paling teruk pernah saya lihat di Anfield untuk aksi bertemu Manchester United.”

Jelas legenda Red Devils itu.

“Ia sangat-sangat sunyi setakat ini, melainkan lima minit pertama yang mana mereka bersorak kuat.”

Sejak berkurun lama lagi, Anfield sememangnya antara stadium yang paling digeruni oleh mana-mana kelab di benua Eropah.

Klopp mengeluarkan kenyataan itu kerana beliau sendiri sepertinya sangat berharap agar para penyokong akan memberikan sokongan lebih padu ke skuadnya selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN