Pemain Import Mana Wajar Dikekalkan Kedah Pada Musim Depan?

Kedah Darul Aman (Kedah) telah pun menamatkan cabaran Liga Super 2023 dengan berada di tangga keempat, selepas mereka tewas pada aksi terakhir menentang Sabah.

Jika dilihat pada sasaran awal musim, pasukan tersebut sudah pun memenuhinya untuk berada di kedudukan keempat terbaik pada musim ini selepas melalui proses rombakan sebelum itu.

Rombakan besar dibuat Kedah termasuklah dengan sembilan pemain import baharu yang telah ditandatangani untuk mengharungi persaingan pada tahun ini.

Sembilan tonggak import tersebut termasuk bekas pemain mereka yang dilepaskan pada pertengahan musim iaitu, Bojan Ciger, Alan Robertson, Amirbek Juraboev, Moses Atede, Manny Ott, Manuel Hidalgo, Ebenezer Assifuah, Willian Lira, Jonathan Balotelli, serta Ifedayo Olusegun.

Untuk saingan musim hadapan, laporan menyatakan hanya Manny Ott masih lagi mempunyai kontrak bersama Kedah dengan selebihnya masih lagi belum dijelaskan pengurusan pasukan tersebut.

Kedah mungkin perlu mengekalkan beberapa nama import sahaja untuk saingan musim hadapan, selain rekrut baharu amat ditagih terutama sekali pada posisi serangan mereka.

Berikut merupakan tiga pemain import yang dianggap berbaloi untuk diberi kontrak lanjutan ekoran prestasi ditampilkan mereka sangat berkualiti

Amirbek Juraboev

Pemain tengah kebangsaan Tajikistan ini menjadi tumpuan sejak awal saingan Liga M berlangsung menerusi kualiti dimiliki beliau selaku nadi utama Kedah di posisi tengah.

Bawah kendalian Nafuzi Zain, nama Amirbek boleh dianggap sangat penting kepada jurulatih tersebut untuk menjadi antara tunjang kekuatan Sang Kenari.

Kelebihan Amirbek daripada segi membuat hantaran berkualiti, kawalan bola, serta bijak mencari peluang di hadapan gol menjadi sebab kenapa beliau perlu dikekalkan Kedah untuk musim hadapan.

Daripada semua penampilan bersama Sang Kenari, pemain ini telah pun meledak enam gol secara keseluruhan selain sangat konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi.

Moses Atede

Pemain tengah bertahan ini menyertai Kedah pada pertengahan musim bersama Ifedayo Olusegun dalam usaha pasukan tersebut untuk tampil lebih menyerlah dalam saingan domestik.

Kualiti Moses daripada segi penguasaan bola di posisi tengah menerusi kombinasi beliau bersama rakan sepasukan lain jelas sangat mencuri tumpuan ramai selain beliau sangat tenang mencipta hantaran-hantaran berkualiti kepada para pemain lain.

Walaupun lebih dominan di posisi bertahan, Moses juga mempunyai kualiti sangat tinggi daripada segi percubaan jarak jauh tepat untuk memberi ancaman buat penjaga gol lawan.

Bojan Ciger

Tiada sebab kenapa nama beliau perlu digugurkan Kedah untuk saingan pada musim hadapan, selepas sumbangan besarnya untuk posisi pertahanan Sang Kenari.

Ciger menjadi antara pertahanan import paling berkualiti pernah dimiliki Kedah pada era moden ini selepas keupayaan tinggi dipamerkannya sejak awal musim bersama Sang Kenari.

Malah, pemain dari Serbia ini juga hanya mengutip dua kad kuning sahaja pada musim 2023 untuk menjadikan beliau sebagai antara tonggak sangat berdisiplin di atas padang.

Secara keseluruhan, Ciger sudah pun meledak satu gol serta dua bantuan jaringan buat Sang Kenari selain menjadi pemain paling penting pasukan tersebut di posisi pertahanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN