Kolaborasi FAS, Think City & PadangBolaSepak Lancar K2K Juara

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah pun mencipta kolaborasi baharu bersama syarikat Think City serta PadangBolaSepak untuk melancarkan Kita-Untuk-Kita (K2K) Juara semalam.

Kolaborasi itu diumumkan sendiri oleh pengasas PadangBolaSepak iaitu saudara Khalilul Rahman dengan bertujuan untuk mengembangkan lagi dunia sukan demi memacu perubahan positif dalam komuniti setempat.

K2K juara juga tampil mahu menerapkan pembangunan profesional, kemahiran serta semangat kekitaan dalam masyarakat menjadi lebih kukuh menerusi perkongsian dibuat oleh The Exchange Asia.

Program tersebut turut merangkumi pelbagai perkara dengan melibatkan komuniti setempat dan direka menerusi pembangunan holistik dalam pelbagai cabang.

Antara ditekankan pastinya membabitkan Klinik Futsal yang akan diketuai oleh jurulatih berpengalaman serta memiliki lesen daripada FAS, serta bengkel kemahiran hidup meliputi CPR serta pertolongan cemas.

Lebih menarik, setiap peserta terlibat juga bakal mendapat manfaat daripada program itu untuk mencongak masa depan mereka melalui peluang kerjaya iaitu Career Sports Workshops.

Ianya dapat memberi inspirasi buat golongan belia untuk meneroka pelbagai cabang kerjaya dalam industri sukan melalui sesi interaktif bersama golongan profesional aktiviti teroka kerjaya.

Program itu turut menawarkan bengkel kejurulatihan di mana setiap peserta terlibat yang berjaya bakal mendapat lesen kejurulatihan diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bengkel itu juga menyediakan laluan lebih berstruktur buat bakal jurulatih baharu mengembangkan lagi kemahiran mereka bawah bimbingan tenaga berpengalaman serta mampu untuk menyumbang kepada pembangunan atlet di Malaysia pada masa hadapan.

Lebih mengujakan, para peserta turut berpeluang untuk merasai pengalaman menerusi sesi lawatan melihat kemudahan latihan FAS serta menawarkan akses di belakang tabir untuk berinteraksi bersama pakar sukan.

Wakil FAS iaitu Amir Yazid jelas teruja dengan kolaborasi tersebut dan tampil yakin program tersebut mampu memupuk pelbagai nilai positif buat para peserta terlibat.

Pada masa sama Khalilul Rahman yang bertindak selaku pengarah program tersebut pula mahu memperkasakan komuniti setempat menerusi penyatuan dalam cabang sukan.

Kami di Semuanya BOLA berharap supaya program tersebut berjalan lancar dan membuka mata lebih ramai pihak untuk cuba menjadikan ianya sebagai inspirasi di tempat lain pada masa hadapan.

Sumber:
The Exchange Asia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN