Kobe Jae Chong Prospek Terbaharu Buat Bola Sepak Negara

Pemain tengah kacukan Malaysia dan Jamaica iaitu Kobe Jae Chong kini dilaporkan sedang menunggu segala proses dokumentasi untuk mendaftarkan beliau selaku warga tempatan selesai dan sedia menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Kobe menjadi antara pemain-pemain muda warisan negara yang sudah pun dikaitkan bersama pasukan kebangsaan sejak beberapa tahun lalu.

Beraksi di posisi tengah menyerang, dijangka pemain itu bakal memperkukuhkan jentera tengah serta serangan skuad bawah 23 (B-23) negara yang akan mengharungi pelbagai kejohananan di pentas antarabangsa.

Malah, Kobe yang kini berada di England juga sudah pun bersedia untuk menyarung jersi kebangsaan seandainya proses dokumentasi beliau sudah pun disiapkan.

Jelas pemain tersebut, beliau sebelum ini sudah pun memasang impian tersendiri untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan yang merupakan negara asal bapanya.

Apatah lagi, pengalaman serta kualiti dimiliki oleh Kobe juga boleh dianggap sebagai aset penting buat pasukan negara khususnya dalam saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) yang akan berlangsung pada April hadapan.

Ketika ini, Kobe dilaporkan sedang memberi tumpuan utama bersama kelab diwakilinya iaitu Barwell FC dalam saingan Southern League Premier Division Central di England.

“Saya hanya menunggu segalanya (dokumentasi) selesai dan bersedia untuk mewakili Malaysia apabila di panggil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada usia 22 tahun, kehadiran Kobe dijangka mampu untuk meningkatkan lagi kualiti permainan negara selepas beliau tampil dengan rekod sangat baik ketika bersama Barwell FC.

Musim ini sahaja menyaksikan Kobe sudah pun meledak 11 gol bersama pasukan tersebut, selain tampil dengan prestasi cukup cemerlang di bahagian tengah serta serangan.

Selain Kobe, seorang lagi pemain warisan negara sudah pun menyertai sesi latihan bersama pasukan kebangsaan pada tahun lalu iaitu Richard Chin.

Richard yang beraksi di posisi pertahanan serta tengah bertahan itu kini juga sedang berada di England untuk mewakili Dartford FC dalam saingan National League South.

Untuk saingan Piala Asia B-23 ini, tentunya skuad kendalian Juan Torres Garrido memerlukan beberapa lagi pemain berpengalaman di pentas Eropah untuk memberi kelebihan buat mereka menentang pasukan lawan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN