Klopp Kongsi Rutin Liverpool Untuk Bolehkan Salah, Mane Dan Can Tunaikan Solat

Kejayaan luar biasa Mohamed Salah musim ini telah menarik minat ramai pihak. Sebelum ini, akbhbar Al-Jazeera berpendapat, Mohamed Salah telah menjadi salah satu ‘alat’ terbaik untuk melawan Islamofobia.

Ini apabila penyokong-penyokong Liverpool dan di Eropah mulai secara tak langsung lebih kenal apa itu Islam dan juga kegunaan masjid dengan membaca kisah-kisah Mohamed Salah.

Satu temu ramah menarik dilakukan oleh sebuah rangkaian berita di British iaitu Channel 4 News. Jurgen Klopp berkata:

“Ianya fantastik. Inilah yang kita perlukan buat masa ini.”

“Melihat seorang pemuda yang penuh dengan keceriaan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan rasa persahabatan dan penuh dengan segalanya.”

“Dalam dunia ini, kita agak bergelut untuk memahami semua perkara yang berlaku di sekeliling kita dalam planet ini. Ianya memang fantastik.”

“Fantastik untuk memiliki beliau di sini. Kami melakukan beberapa perkara tipikal sebelum perlawanan. Dia (Mohamed Salah) seorang muslim dan dia melakukan apa yang muslim lain lakukan sebelum perlawanan. Dia lakukan prosedur mencuci (washing procedure) diri dan semua benda seperti itu.”

(Washing procedure yang Klopp maksudkan adalah merujuk kepada mengambil wuduk untuk solat)

“Jadi, kami semua datang seminit atau 2 minit lebih awal ke bilik persalinan. Supaya dia sempat menyediakan diri untuk perlawanan. Sama juga seperti Sadio Mane, dan Emre Can, mereka semua melakukannya.”

“Oleh itu, tiada orang pun merungut bertanya, kenapa kami harus (buat semua ini) dan sekarang kena harus tunggu.”

“Perkara ini sudah normal dalam pasukan kami dan itulah sebaiknya berlaku dalam dunia ini. Kita semua harus cuba memahami antara satu sama lain dan melakukan beberapa perkara pelik demi satu sama lain.”

Ketika penemuramah bertanya tentang isu perkauman. Klopp ternyata tak gembira dengan soalan itu dan menyatakan bola sepak bukan tempat yang sesuai untuk bercakap hal itu.

Jurgen Klopp yakin Mohamed Salah adalah orang yang tepat dan sesuai untuk menjadi duta Mesir dan dunia Arab.

Klopp juga gembira dengan kejayaan Mohamed Salah yang diundi rakan-rakan profesional beliau menjadi pemain terbaik PFA 2017/18.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN