Piala AFC 2018: Harimau Selatan Pulang Awal Walau Catat Kemenangan

Dua syarat yang perlu dipenuhi oleh Johor Darul Ta’zim jika mengimpikan untuk layak ke peringkat seterusnya dari saingan Kumpulan H Piala AFC pada musim ini.

Pertama, mereka wajib menang dengan kelebihan 3 gol ke atas Song Lam Nghe An.

Kedua, JDT harus mengharapkan Home United kalah teruk di Kumpulan F, untuk membenarkan pasukan dari selatan tanah air ini layak sebagai pasukan terbaik di tempat kedua di kalangan semua kumpulan.

Separuh masa pertama

Tiada Gabriel Cabrera, bermakna Raul Longhi menurunkan kesebelasan utama berdarah Malaysia, dengan Syafiq Ahmad mengambil tempat pemain import dari Argentina itu di sebelah kiri.

Gerakan menarik oleh JDT pada minit ke-14 perlawanan menyaksikan hantaran Hazwan menemui Syafiq, namun percubaan Syafiq tersasar.

Kredit: JST, Facebook

Minit ke-28 turut menyaksikan percubaan Aidil Zafuan gagal menemui sasaran, namun Safawi Rasid akhirnya meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-36 perlawanan.

JDT kemudiannya berkelebihan dua gol di hadapan, apabila Syafiq Ahmad menanduk cantik hantaran Corbin-Ong pada minit selang dua minit selepas itu.

Kredit: JST, Facebook.

Namun kealpaan di benteng perlawanan membenarkan N.V Nguyen untuk menghukum dengan gol pertama pasukan pelawat pada minit ke-41.

H.T Tai kemudiannya terus menghukum JDT dengan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2 menuju babak kedua perlawanan.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua perlawanan menyaksikan JDT terus menguasai bahagian tengah, dengan Song Lam Nghe An lebih selesa berada di zon bertahan.

Minit ke-56 perlawanan, Afiq dilayangkan kad kuning kerana menjatuhkan H.T Tai untuk mengelakkan serangan balas pantas pasukan lawan.

Kredit: JST, Facebook

Akhirnya setelah serangan bertali arus, JDT memperolehi sepakan penalti setelah percubaan Safawi Rasid di dalam kotak penalti terkena tangan pemain pertahanan lawan.

Safiq Rahim, tenang memastikan bola menewaskan penjaga gol Song Lam Nghe An untuk kedudukan terkini, JDT 3 Song Lam Nghe An 2.

JDT kemudiannya melakukan dua pertukaran pada minit ke-71 dan ke-73 perlawanan dengan mengeluarkan Syafiq Ahmad dan Afiq Fazail, sebelum memasukkan Darren Lok diikuti oleh Gary Steven.

JDT terus menguasai perlawanan selepas itu, namun lawan mereka daripada Vietnam tidak membenarkan lawan mereka itu untuk membuat percubaan ke arah gawang.

Sumber: JST, Facebook

Minit ke-82 perlawanan menyaksikan penjaga gol Song Lam Nghe An, T.V Then menjatuhkan Darren Lok. Kesilapan yang dianggap ‘profesional foul’ itu boleh dilayangkan kad merah, namun pengadil hanya melayangkan kad kuning.

Sepakan percuma susulan kesilapan itu, turut disia-siakan JDT. Dua minit kemudian menyaksikan tandukan Safiq Rahim memaksa T.V Then melayangkan badan untuk menyelamatkan keadaan.

JDT terus mengasak selepas itu, namun pertahanan Song Lam Nghe An terus kental, untuk memastikan mereka mengakhiri saingan di tangga kedua Kumpulan H, dengan kelebihan perbezaan jaringan.

Lima minit masa tambahan dan pengadil meniupkan wisel tanda tamat masa perlawanan, JDT 3-2 Song Lam Nghe An.

Harimau Selatan sah tersingkir dari saingan Piala AFC 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN