Klopp: “Liverpool Hari Ini Punyai Persamaan Dengan Man Utd Era Sir Alex”

Jurgen Klopp berkata beliau boleh melihat persamaan di antara skuad Liverpool kendaliannya pada hari ini dengan skuad Manchester United yang dibimbing di era Sir Alex Ferguson.

Pasukan Liverpool ini mempunyai reputasi memusnahkan pasukan lawan dalam satu tempoh tertentu di dalam perlawanan. Terbaru ialah menewaskan Manchester City dengan tiga gol yang dijaringkan di dalam tempoh 19 minit pertama pada babak pertama perlawanan suku akhir pertama UEFA Champions League (UCL) di Anfield.

(Photo by Rich Linley – CameraSport via Getty Images)

Liverpool akan memulakan cabaran separuh akhir pertama menentang Roma pada awal pagi ini, dan telah menghasilkan 33 gol sepanjang kempen musim ini di eropah.

Dan pengendali dari Jerman itu berkata kebolehan pasukannya pada hari ini mempunyai persamaan dengan Manchester United yang dibimbing oleh Sir Alex di antara tahun 1986 sehingga 2013.

“Apakah persamaan dengan Sir Alex dan Manchester United? Mereka menjaringkan beberapa gol dalam tempoh waktu tertentu. Menjaringkan gol, dan kemudian gol yang berikutnya.”

“Mereka menyempurnakan peluang. Menjaringkan gol, dan kemudian mengulanginya lagi.”

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Mereka menggunakan momentum di dalam perlawanan untuk memburu kemenangan, dan juga untuk memenangi perlawanan pada ketika perlawanan tidak berada di dalam kawalan mereka.”

“Sudah tentu kami berbincang mengenai perkara itu, dan turut cuba meniru persamaan tersebut. Tetapi perkara terpenting ialah untuk pasukan ini menjaringkan gol.”

“Pasukan ini mempunyai semangat yang tinggi. Ada masanya prestasi mereka berada di tahap tertinggi, dan ia adalah sesuatu yang sangat seronok untuk disaksikan.”

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

“Kerana itulah perlawanan menentang Manchester City sangat istimewa. Kami berjaya mengendalikan setiap babak perlawanan di Anfield, sebelum berhadapan dengan City dalam satu perlawanan yang disifatkan sangat kompetitif.”

“Itulah rahsia pasukan ini sehingga mampu layak ke separuh akhir. Bukan sahaja kerana pasukan ini mampu menjaringkan satu, dua dan kemudian tiga gol.”

“Lebih daripada itu, ketika saat kami tidak mengawal perlawanan, semua pemain memastikan kami terus berada di dalam perlawanan.”

“Mempergunakan momentum sebegitu amat penting, dan ia telah banyak membantu kami,” jelas Klopp secara panjang lebar.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN