Klopp Kata Man City Takkan Menang EPL Kalau Hadapi Krisis Kecederaan Macam Liverpool

Jurgen Klopp Liverpool

Mungkin sukar menerima hakikat gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berpendapat Manchester City bernasib baik kerana tidak berdepan dengan masalah yang dihadapinya pada musim ini.

Jurulatih warga Jerman itu menegaskan skuad kendalian Pep Guardiola tersebut tidak akan berjaya memenangi kejuaraan sekiranya berdepan dengan krisis kecederaan yang sama dengannya.

Liverpool kehilangan khidmat dua tonggak pertahanan tengah Virgil van Dijk dan Joe Gomez untuk sebahagian besar kempen musim ini berikutan kecederaan lutut, sementara Joel Matip juga terpaksa disisihkan akibat kecederaan buku lali.

Keadaan tersebut memaksa Klopp menukar posisi Fabinho ke posisi berkenaan selain menggunakan pemain muda seperti Nathaniel Philips dan Rhys Williams. Kemudian Ozan Kabak juga dibawa masuk secara pinjaman pada bulan Januari.

Di posisi lain juga menyaksikan berlaku kecederaan jangka panjang melibatkan penyerang Diogo Jota dan kapten Jordan Henderson.

“Ini seperti mana yang telah saya sebutkan sebelum ini, dengan jumlah kecederaan yang kami hadapi, ini jelas bukan tahun untuk menjadi juara. Tiada peluang, untuk siapa sahaja,” ujar Klopp dalam sidang media sebelum perlawanan liga Liverpool menentang Crystal Palace.

“Bagus mana pun mereka [Manchester City], jika mereka juga kehilangan tiga pemain pertahanan tengah, mereka pun tak boleh menang liga, tak mungkin.”

Bagaimanapun Klopp gembira dengan perkembangan pasukannya menjelang penghujung musim. Sekalipun mereka di kedudukan kelapan pada bulan Mac, mereka kini dalam landasan terbaik untuk menamatkan saingan di kedudukan empat pasukan terbaik.

Liverpool berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan terakhir dan kini telah memintas Leicester City untuk berada di tangga keempat.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1394339616136777732?s=20

Perlawanan terakhir pada Ahad ini akan menyaksikan tiga pasukan Chelsea (67 mata), Liverpool dan Leicester City (kedua-dua 66 mata) bagi merebut dua slot terakhir UCL.

“Kami berupaya bangkit semula, menjadikan kesusahan yang dihadapi untuk melakukan yang terbaik. Jika kami menang pada Ahad dan kami layak ke UCL, ia akan menjadikannya lebih manis lagi, itu sahaja.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

5 Perlawanan Yang Mengubah Nasib Man City Musim Ini

Raul Jimenez Sudah Pulih, Tapi Perlu Pakai ‘Helmet’ Sepanjang Kariernya

Deschamps Ubah Fikiran, Benzema Bakal Kembali Menyarung Jersi Perancis Di Euro 2020

Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN