Meski Cintanya Pada United, Rashford Tak Tolak Perpindahan Ke Real Madrid Atau Barcelona

Marcus Rashford Manchester United

Bintang kesayangan penyokong Manchester United, Marcus Rashford mengakui sejak kecil beliau merupakan peminat Real Madrid dan Barcelona serta mengagumi kehebatan pemain-pemain handalan dunia bagi kedua-dua pasukan.

Bercakap kepada The Guardian, penyerang berusia 23 tahun itu menjelaskan beliau pernah mengimpikan untuk beraksi di luar England selepas kerap menonton perlawanan El Clasico.

Menyertai United sejak berusia tujuh tahun, Rashford kini dianggap salah seorang produk akademi terbaik yang pernah dihasilkan.

Berbeza dengan pemain lain, kehebatan dan kredibiliti Rashford tidak hanya dinilai daripada aksinya di atas padang, tetapi gerak kerja serta sumbangannya kepada komuniti dalam menjalankan program-program kebajikan.

Musim ini penyerang England itu telah membuat 57 penampilan dalam semua pertandingan untuk The Red Devils dengan menjaringkan 21 gol dan mencipta 15 bantuan jaringan.

“Saya merupakan peminat Real Madrid dan Barcelona, kerana dua pasukan itu mempunyai pemain-pemain hebat dan bermain dengan gaya yang menarik. Semua orang mahu menonton perlawanan di antara dua pasukan ini,” katanya.

Beliau turut mendedahkan keinginannya untuk mempelajari bahasa baharu, untuk pembangunan diri dan persediaan jika ditakdirkan berhijrah ke luar negara.

“Bola sepak memberi peluang kepada saya untuk berjalan keluar ke negara berbeza. Tentu ada beberapa negara yang kami mahu pelajari lebih banyak mengenainya dan mempelajari bahasanya.”

Pada Januari lalu, data dan statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan pengkaji,  Centre International d’Etude du Sport (CEIS) mendedahkan pemain paling bernilai dalam dunia bola sepak hari ini bukanlah Kylian Mbappe mahupun Erling Haaland, tetapi Rashford.

Nilainya semasanya dianggarkan sekitar €165.6 (RM817.6 juta) dengan mengambil kira beberapa faktor seperti umur pemain, baki kontrak, prestasi semasa, aksi peringkat antarabangsa, perkembangan karier serta kedudukan kewangan kelab.

Namun Rashford kini hanya mahu memberi tumpuan dalam membantu pasukannya meraih lebih banyak kejuaraan selain menyasarkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kali terakhir dimenangi pada 2013.

United yang sudah mengesahkan kedudukan kedua liga dijangka menurunkan sebahagian besar pemain simpanan dalam aksi terakhir menentang Wolverhampton pada Ahad ini.

Ole Gunnar Solskjaer yang sudah pasti kehilangan khidmat kapten Harry Maguire tentunya mahu kesebelasan terbaiknya bebas dari kecederaan menjelang perlawanan akhir Liga Europa berdepan Villareal pada Khamis ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Marcus Rashford dan Manchester United:

Bukan Haaland Atau Mbappe, Pemain Paling Mahal Adalah Rashford Dengan Nilai RM817.6 juta

Penyokong Liverpool Cadang Pasang Banner Penghargaan Di Anfield Buat Marcus Rashford

Solskjaer Salahkan Penyokong Punca Manchester United Kalah Kepada Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN