Klopp: FC Midtjylland Buat Kehidupan Kami Seperti Alam Perkahwinan

Klopp

Selepas kehilangan khidmat Virgil van Dijk, Jurgen Klopp terus pening memikirkan masalah yang bakal dihadapi skuad bimbingannya apabila apabila Fabinho pula berkemungkinan akan diketepikan susulan kecederaan dialami ketika bertemu FC Midtjylland, awal pagi tadi.

Perlawanan di Anfield itu menyaksikan Fabinho yang ditugaskan mengisi kekosongan ditinggalkan van Dijk selaku pertahanan tengah terpaksa dikeluarkan pada minit ke-30 susulan kecederaan hamstring dialaminya dan digantikan dengan pemain remaja, Rhys Williams.

Perkembangan terkini melibatkan pemain kelahiran Brazil itu pastinya membuatkan Klopp berada dalam kegusaran tatkala Joel Matip juga dilihat seringkali dibelenggu dengan kecederaan. Keadaan itu menyebabkan hanya Joe Gomez menjadi sandaran buat Klopp pada ketika ini.

”Kami perlu untuk menantikan keputusan pemeriksaan imbasan tetapi jelas seperti yang anda ketahui apabila seseorang mengalami kekejangan otot, maka amat jarang untuk melihat doktor memanggil saya pada keesokan paginya dan mengatakan: ‘Semuanya baik, dia boleh kembali beraksi’.

”Jadi sekarang kita hanya menantikan berapa lama [kecederaan dialami]. Dan pada ketika ini sekiranya seminggu, ia bermakna [kehilangan Fabinho] bagi tiga perlawanan, 10 hari bermakna empat perlawanan, 14 hari maknanya tujuh perlawanan dan semuanya berkaitan perkara ini.”

”Jadi begitulah keadaannya. Ya, sudah pasti ia bukan perkara yang baik tetapi begitulah keadaannya,” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Ia merupakan malam yang sukar [bertemu Midtjylland]. Ia lebih kurang seperti alam perkahwinan di mana ada masanya baik, ada ketika hadapi masa buruk.”

”Ia bukanlah masa yang buruk tetapi lebih kepada masa yang sukar,” tambah beliau lagi.

Krisis pertahanan itu mengakibatkan Liverpool bakal menanti kunjungan West Ham United pada hujung minggu ini dengan tugas berat ketika lawan tersebut cemerlang mengikat dua pasukan gergasi, Manchester City dan Tottenham Hotspur dalam dua aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Kredit featured image: Michael Regan/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Jurgen Klopp ‘Mengucap Panjang’ Bila Tahu Ancelotti Jadi Pengurus Everton

Jurgen Klopp Minta Maaf Kepada Sir Alex Ferguson

Jurgen Klopp: Kami Cipta Sejarah Yang Salah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN