Klopp Faham Kenapa Neymar Suka Berguling, Tak Setuju Pemain Itu Dilabel Menyedihkan

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak bersetuju dengan label ‘menyedihkan’ (pathetic) diletakkan kepada Neymar kerana sikap pemain itu yang kerap berlakon dan berguling berlebihan ketika Piala Dunia.

Malah Klopp anggap reaksi Neymar itu sebagai salah satu cara pemain itu melindungi dirinya daripada pertahanan lawan.

“Saya tak mengikuti sangat perkara itu, namun saya menonton beberapa aksi Piala Dunia dan saya mendengar orang mengkritik beliau kerana dituduh sengaja membuatkan keadaan jadi lebih teruk.”

“Bagi saya, ianya reaksi normal daripada Neymar kerana pemain pergi mendapatkan beliau dan dia cuba melindungi dirinya.”

“Saya faham hal itu. Saya rasa itu langkah yang bijak daripada beliau untuk menjaga dirinya.”

“Namun kami tidak akan cuba melayan beliau seperti itu. Kami mahu bermain bola sepak dan mahu memenangi bola.”

“Kami akan cuba menghalang hantaran daripada sampai kepada beliau. Namun itu tugas yang sangat besar untuk dilakukan.”

“Ianya sangat sukar untuk menghentikan kualiti beliau 100%.”

“Beliau pemain luar biasa dan ketika di Piala Dunia dia tak 100% cergas.”

“Tak siapa yang meminta beliau bertanggungjawab untuk bermain untuk negaranya dalam keadaan beliau tak 100% cergas.”

“Namun jika Neymar 100% cergas, Brazil akan memenanginya.”

Klopp tahu Neymar adalah ancaman terbesar Liverpool kerana pemain itu sangat cergas selepas direhatkan pada perlawanan sebelum ini.

“Dia direhatkan pada hujung minggu lalu dan dia akan 100% cergas. Bagi kami, kita akan menyaksikan pakej lengkap Neymar.”

Berkenaan dengan situasi Firmino, Klopp enggan mendesak pemain itu kembali ke dalam pasukan utama selepas kecederaan mata beliau.

Firmino dikatakan akan cergas menjelang pertemuan menentang PSG. Namun Klopp yakin pemain seperti Sturridge boleh menggalas tugas itu.

Beliau juga menyatakan yang Dominic Solanke dan Divock Origi ada sedikit kecederaan selepas aksi perlawanan B-23.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN