Gol Tak Lepas Senarai Akhir, Bale Suruh UEFA Pecat Panel Pemilihan

Gareth Bale seakan-akan tak percaya yang panel pemilihan gol tercantik UEFA terlepas pandang gol beliau ketika menentang Liverpool pada final.

Bale melakukan gol libasan gunting pada final UCL di Kiev. Lantas Bale menyatakan panel pemilihan UEFA wajar dipecat serta merta.

Walaupun ramai berpandangan gol Bale itu berhak menjadi gol tercantik, namun UEFA memutuskan yang gol Ronaldo ketika menentang Juventus dipilih untuk pencalonan gol tercantik.

“Saya tak tahu kenapa ianya tiada dalam senarai. Saya nak tahu siapa ahli panel pemilihan. Ini kerana mereka ni minta dipecat.”

Gol Ronaldo dipilih sebagai gol tercantik diikuti gola Payet ketika UEL, serta gol lencongan pemain B-17 Sepanyol, Eva Navarro.

Wartawan bertanya adakah Bale berpendapat gol beliau lebih berhak menang berbanding dengan gol Ronaldo? Bale menjawab:

“Saya tak perlu memberikan kenyataan untuk itu.”

Gareth Bale mengakui dia agak marah diletakkan di bangku simpanan oleh Zinedine Zidane ketika final tersebut.

Beliau melepaskan geramnya dengan aksi terbaik di dalam padang.

Kini Bale menjadi pemain penting Real Madrid dan dianggap sebagai bintang utama selepas pemergian Cristiano Ronaldo ke Juventus.

Bale memulakan musim ini dengan cemerlang bersama Real Madrid. Tidak siapa meragui kualiti beliau.

Namun peminat bola sepak tahu yang Bale kerap dibelenggu kecederaan yang mengganggu musim beliau.

Adakah beliau akan dapat bermain untuk semusim kali ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN