‘Kita Serumpun’ – Penyokong Indonesia Senang Hati Malaysia Kalahkan Vietnam

Penyokong Indonesia

Semalam, Malaysia melakar kejutan dalam saingan Piala AFF B-19 apabila berjaya mara ke perlawanan akhir.

Skua kendalian Hassan Sazali Waras itu berjaya menumbangkan pasukan pilihan iaitu Vietnam dengan jaringan 3-0 sekali gus menempah tempat untuk bertemu Laos pada Jumaat.

Kemenangan itu jelas sekali tidak dijangka oleh ramai penyokong kita yang begitu kecewa dengan prestasi goyah skuad muda negara.

Namun apabila keputusan 3-0 itu dicapai, maka pastinya sokongan untuk perlawanan akhir akan diberikan demi melihat kejayaan Malaysia.

Kita serumpun

Berkongsi dengan kejayaan Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah warga Indonesia yang ‘tersakiti’ kerana perbuatan Vietnam dan juga Thailand di peringkat kumpulan.

Penyokong Indonesia berasakan Vietnam dan Thailand sengaja mengatur keputusan perlawanan supaya kedua-dua negara itu akan layak ke separuh akhir.

Ianya berhasil dengan Indonesia kemudiannya terkandas di peringkat kumpulan selepas menduduki tangga ketiga kumpulan A.

Hasil dari kemenangan Malaysia menentang Vietnam, penyokong-penyokong Indonesia menzahirkan tahniah dan gembira kerana kita telah memberikan karma terhebat kepada negara itu.

Dalam tinjauan di laman rasmi FAM, terdapat komen-komen dari penyokong Indonesia yang mengangkat Malaysia selepas menang perlawanan semalam.

“Tahniah Malaysia saudaraku,” tulis Cakra Aditia Pasudan di Facebook FAM.

Malah, tidak keterlaluan jika ada penyokong Indonesia yang mendoakan kejayaan Malaysia di perlawanan akhir seperti yang dilakukan oleh Disep Nur Dani.

“Mantap, tahniah Malaysia. Semoga juara,” ujar Disep.

Selain itu, terdapat lagi pelbagai komen yang hampir serupa dengan ada juga yang mengaitkan hukum karma dengan pasukan Vietnam.

Penulis sendiri sebenarnya menjangkakan yang sokongan terhadap Malaysia akan berakhir selepas tamat perlawanan menentang Vietnam sahaja.

Hal ini kerana, lazimnya majoriti penyokong Indonesia tidak senang melihat Malaysia menjuarai satu-satu kejohanan lebih-lebih lagi di tanah mereka sendiri.

Macam mana pun, tahniah skuad Harimau Muda dan teruskan usaha dengan bermain permainan bola sepak terpuji untuk bergelar juara.

Semoga kejuaraan menjadi milik kita.

p/s: tak ada stesen televisyen tempatan nak siarkan perlawanan akhir ke?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN