Manchester United Bakal Muktamad Kontrak Lisandro Martinez Dalam Masa Terdekat

Lisandro Martinez

Kelab gergasi England, Manchester United dikhabarkan hampir pasti untuk menandatangani Lisandro Martinez dari Ajax sebagai pemain baharu mereka tidak lama lagi.

Menurut ESPN, Ajax dilihat bakal memenuhi impian pemain kebangsaan Belanda tersebut yang menginginkan perpindahan ini demi beraksi dalam saingan English Premier League (EPL), dan mula menumpukan pemain gantian terbaharu.

Sebelum itu, United dilihat bersaing sengit bersama Arsenal dalam usaha mereka untuk mendapatkan Martinez, namun kelab yang dikendalikan Mikel Arteta tersebut sudah menukar sasaran kerana yakin Martinez tidak akan bersama mereka.

United dikhabarkan bakal membayar yuran perpindahan tersebut sebanyak €50 juta untuk pemain berusia 24 tahun itu yang dilihat boleh beraksi di posisi tengah serta pertahanan sekali gus memenuhi kehendak Erik Ten Hang.

Posisi pertahanan tengah saat ini dilihat sedikit sukar buat Ten Hag dan perkara tersebut dibuktikan pada aksi pra-musim yang berlangsung beberapa hari lalu di Bangkok.

Pada perlawanan pra-musim menentang Liverpool itu, Ten Hag terpaksa menggunakan Alex Telles yang lebih dominan di sebelah kiri untuk beraksi di posisi pertahanan tengah.

Walaupun begitu, aksi Telles dilihat agak cemerlang apabila mampu untuk menyerap asakan serangan lawan dan membantu United meraih kemenangan 4-0 atasi Liverpool.

Pada aksi lalu, pemain pertahanan terbaik mereka iaitu Harry Maguire tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan sebelum hari perlawanan.

Manakala pertahanan muda berbakat mereka, Axel Tuanzebe tidak dapat menyertai pasukan di Thailand kerana masih ada beberapa perkara perlu diselesaikan beliau mengenai isu peribadi.

Untuk menyelesaikan perkara tersebut buat sementara waktu, Ten Hag telah menyenaraikan pemain muda mereka iaitu Will Fish dalam pasukan sebagai persediaan.

Selain itu, kelibat pemain kebangsaan Denmark iaitu Christian Eriksen masih lagi diharapkan bakal membuat penampilan bersama united untuk musim akan datang.

Pemain tengah kreatif itu dilihat bakal menyelesaikan kontrak bersama United selama tiga tahun dan menyudahkan ujian medikal beliau.

Eriksen sebelum itu mengalami saat sukar sebagai seorang pemain bola sepak profesional apabila disahkan mengalami ‘cardiac arrest’ telah beraksi bersama Brentford pada awal tahun ini.

Dalam masa sama, United masih lagi memasang tekad untuk memburu pemain tengah Belanda iaitu Frenkie de Jong dari Barcelona.

Ketua Eksekutif United, Richard Arnold bersama John Murtough telah pun berada di Barcelona untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih teliti mengenai perjalanan de Jong.

Walaupun begitu, de Jong sendiri pernah berkata tidak begitu berminat sertai United kerana mahu beraksi di pentas Champions League dan mahu kekal di Barcelona.

United pula dilihat enggan berputus asa apabila tawaran semasa ketika ini meningkat kepada €65 juta bagi mendapatkan khidmat de Jong.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN