Usah Fikir Soal Kemenangan, Pemain Sabah Perlu Fokus Dan Disiplin Sepanjang Permainan

Menjelang aksi seterusnya dalam saingan Liga Super 2022 bagi minggu ke-11, rasanya para penyokong pastinya tidak sabar untuk memberi tumpuan pada perlawanan membabitkan antara Sabah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Likas pada malam esok, kedua pasukan ini dijangka bakal memberi suatu persembahan menarik berdasarkan momentum semasa mereka.

Menurut Datuk Ong Kim Swee selaku pengendali Sabah, beliau tidak mahu terlalu memikirkan soal kemenangan, sebaliknya jurulatih tersebut menegaskan agar para pemain kekal fokus sepanjang perlawanan.

Beliau juga mengharapkan agar skuad kendaliannya mampu mempamerkan disiplin yang tinggi ketika menentang JDT kerana pasukan lawan disifatkannya memiliki corak permainan serta pemain berkualiti.

Walaupun begitu, Kim Swee juga tidak menolak jika pasukannya mampu meraih kemenangan ianya pasti dapat memberi motivasi lebih tinggi buat Sabah untuk mencatat keputusan lebih baik bagi perlawanan seterusnya pula.

“Kita tidak boleh terlalu memikirkan mengenai kemenangan. Apa yang penting adalah kekal fokus dan berdisiplin ketika kita bermain sepanjang perlawanan nanti.

“Kita tidak boleh terburu-buru, sebaliknya perlu menggandakan usaha jika ingin mencapai kejayaan atau sekurang-kurangnya untuk mendapatkan sebarang mata,” katanya mengulas peluang Sabah FC menewaskan JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, malam esok menerusi Berita Harian.

Pada masa yang sama, Kim Swee juga berharap agar para penyokong mampu memberi sorakan padu buat Sabah dan menjadi tunjang untuk menaikkan semangat para pemain beraksi dengan lebih berkeyakinan ketika menentang JDT.

Menurut beliau, sokongan padu daripada pemain ke-12 itu dilihat mampu menjadi salah satu aspek untuk mereka meraih mata pada perlawanan malam esok kerans beraksi di laman sendiri.

“Kita mahu memastikan Sabah FC tidak kehilangan mata ketika bermain di hadapan penyokong tegar mereka. Sebab itu pemain perlu meningkatkan fokus serta berdisiplin bagi mengekalkan momentum sedia ada agar tidak kehilangan mata,” katanya.

Untuk rekod semasa, perlawanan malam esok dilihat amat penting buat kedua pasukan ini kerana perbezaan satu mata sahaja setakat ini membabitkan Sabah dan JDT untuk menghuni kedudukan teratas carta liga.

Setakat ini Sabah berada di kedudukan kedua liga dengan mengumpul 22 mata daripada 10 perlawanan dihadapi mereka.

Manakala JDT pula meraih 23 mata dengan sembilan perlawanan telah mereka lalui untuk berada di kedudukan utama carta liga.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN