“Kita Bincang Cara Baik,” – Zaquan Adha Sedia ‘Bersemuka’ Dengan Azmeer Yusof

Bekas penyerang berbisa, Zaquan Adha tampil meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada Azmeer Yusof di media sosial Facebook, selepas dirinya itu ingin mereka bertemu secara bersemuka untuk menyelesaikan segalanya.

Terdahulu, Azmeer yang juga merupakan bekas pertahanan kental Kedah Darul Aman (Kedah) mengeluarkan satu pendedahan dirinya pernah menjadi mangsa buli dalam dunia bola sepak profesional pada awal karier.

Pendedahan demi pendedahan dibuat itu jelas mendatangkan pelbagai maklum balas dalam kalangan peminat di media sosial sekali gus dianggap mencemarkan nama baik sukan tersebut di Malaysia.

Disebabkan itu, beberapa bekas pemain profesional lain kurang berpuas hati tentang isu berkenaan yang dibangkitkan termasuk Zaquan Adha sendiri yang sudah pun memberi teguran di Facebook Azmeer.

“Azmeer Yusof salam, macam ni la mer. Jom kita berjumpa, adik pun tak suka nak bergaduh dengan orang. Ramai budak bola nak jumpa dengan Azmeer ni,nak dengar jugak penjelasan dari Azmeer sebab apa yang Azmeer tulis dalam FB melibatkan keseluruhan dan imej pemain bola.

“Dan azmeer tak perlu nak libatkan orang luar yang bukan pemain. Azmeer nak cerita pasal kejayaan Azmeer atau pengalaman Azmeer sila kan. Tapi jangan memberi imej dan tanggapan yang tak elok orang luar terhadap pemain bola.

“Kalau ada no adik boleh call adik. Hari baik bulan baik kita settle cara baik. Tapi kena gentleman cara tu ya. Tak payah nak perti tag dekat orang lain,” komen Zaquan.

“Korang Fitnah Aku Macam-Macam Relaks Je,” – Azmeer Yusof

Terkini, bekas penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) itu memuat naik kenyataan baharu dengan turut menyebut nama Azmeer sendiri di Facebook bersama tujuan untuk mereka berjumpa secara bersemuka demi menyelesaikan perkara tersebut.

“Salam Ramadhan, macam ni lah Azmeer Yusof jom lah kita berjumpa dan bertentang mata. Ramai jugak budak-budak bola dan juga senior-senior pemain bola nak berjumpa. Kita tak payah nak cerita dalam live.

“Kalau Azmeer rasa takut kami buat sesuatu, Azmeer boleh datang bawak bodyguard, kami nak tau juga apa cerita yang sebenarnye dari Azmeer. Kami cuba call Azmeer tapi tak berangkat. Mungkin Azmeer dah tukar no. Kalau kata azmeer out spoken jom kita berjumpa. Jangan kata adik nak cakap belakang-belakang dan fitnah Azmeer.

“Sekarang dengan keterbukaaan hati adik berani untuk berjumpa dengan Azmeer. Kita bincang cara baik. adik rasa dari dulu banyak yg Azmeer tulis di dalam FB ni mengaitkan kesemua pemain bola sepak. Tak salah untuk Azmeer berkongsi pengalaman selama bermain bola.

“Tapi kenapa perlu menceritakan kepada umum benda-benda yang negatif tentang pemain bola sepak, jika sekiranya Azmeer ada personal problem dengan adik pun jom kita sama-sama selesaikan. Tak perlu tag orang lain untuk sama-sama libatkan dalam hal personal kita. Azmeer kena ingat hal personal Azmeer dengn ex wife yang sebelum ni pun ada,tapi tak ada pun adik nak masuk campur.

“Belum masuk lagi kes-kes yang Azmeer bergaduh dgn pemain bola yang lain. Bab solat adik memang salute azmeer. Adik tak nafikan yang dulu azmeer di antara pemain bola yang sentiasa menjaga solat. Tapi tak guna juga kalau dekat belakang-belakang Azmeer bercerita tentang keburukan orang.

“Ok cukup, adik tak pandai nak berkarang macam Azmeer, pendek kata jom kita bersemuka. Azmeer boleh call adik bila-bila masa,rasanya budak-budak bola semua ada no fon adik. Jika sudah bersedia call adik, maaf kalau apa yang adik tulis ini menyinggung perrasaan,” jelas Zaquan mengenai isu tersebut.

Nampaknya isu tersebut kini semakin panas, dan besar harapan kami jika Azmeer yang sebelum itu beraksi untuk Kuala Lumpur City dapat bersemuka dengan Zaquan dan rakan lain untuk menyelesaikannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN