Ini Sebab Zaquan Adha Fail Saman Buat Rita Rudaini

Nampaknya, nama Zaquan Adha terus menjadi sebutan ramai dalam kalangan pengguna media sosial, dengan terbaharu beliau dilaporkan menjadi mangsa fitnah kepada aktres, Rita Rudaini.

Terpalit dengan isu tersebut, bekas pemain Negeri Sembilan itu tidak mengambil masa yang lama untuk terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban semalam.

Menerusi perkongsian Zaquan di Instagram semalam, beliau sudah pun membuat laporan polis mengenai fitnah dikeluarkan terdahulu oleh aktres kelahiran Perlis tersebut.

“Okey, Assalamualaikum saya baru saja buat laporan polis berkenaan IG Story yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini yang berunsurkan fitnah bagi saya dan melibatkan ahli keluarga.

“Jadi ini laporan yang dibuat saya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut oleh pihak polis sendiri,” ujar Zaquan di Instagram miliknya sendiri.

Terdahulu, Rita Rudaini telah pun memuat naik satu kenyataan keras di media sosial Instagram beliau dengan menuduh bekas penyerang berbisa Kedah Darul Aman (Kedah) itu sebagai batu api yang menjadi punca perceraiannya bersama Aidil Zafuan.

“Orang ni kata tak masuk campur. Kalau dia lupa, mai nak ingatkan dia yang masuk rumah kami dulu ambil semua baju-baju abang dia. Hang lah yang hantar mesej kat abang hang bagitau anak yang aku mengandung tu bukan anak dia.

“Hang la batu api besaq, hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa. Diam ja. Kita pun takda kaitan apa-apa. Akhir sekali, hang dan keluarga hang cipta Rita yang baru.

“Dulu aku lemah, korang pijak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah terpaling bagus,” luah Rita panjang lebar di Instagram beliau dan mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan netizen di media sosial.

Selain terkait isu bersam Rita, ketika ini Zaquan juga mempunyai krisis di media sosial bersama bekas rakan sepasukannya di Kedah dan Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Azmeer Yusof.

Malah, bekas pemain Negeri Sembilan itu juga turut memuat naik kenyataan di Facebook untuk bertemu Azmeer bagi menyelesaikan isu yang sebelum itu ditimbulkan oleh Azmeer secara bersemuka pada masa akan datang.

“Azmeer Yusof salam, macam ni la mer. Jom kita berjumpa, adik pun tak suka nak bergaduh dengan orang. Ramai budak bola nak jumpa dengan Azmeer ni,nak dengar jugak penjelasan dari Azmeer sebab apa yang Azmeer tulis dalam FB melibatkan keseluruhan dan imej pemain bola.

“Dan azmeer tak perlu nak libatkan orang luar yang bukan pemain. Azmeer nak cerita pasal kejayaan Azmeer atau pengalaman Azmeer sila kan. Tapi jangan memberi imej dan tanggapan yang tak elok orang luar terhadap pemain bola.

“Kalau ada no adik boleh call adik. Hari baik bulan baik kita settle cara baik. Tapi kena gentleman cara tu ya. Tak payah nak perti tag dekat orang lain,” kata Zaquan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN