“Korang Fitnah Aku Macam-Macam Relaks Je,” – Azmeer Yusof

Bekas pertahanan kental Kedah Darul Aman (Kedah), Azmeer Yusof tampil dengan kenyataan baharu di media sosial selepas dirinya membuat satu pendedahan isu buli dalam dunia bola sepak profesional.

Terdahulu, Azmeer sempat berkongsikan pengalaman dirinya dalam dunia bola sepak profesional setelah beliau mengaku pernah menjadi mangsa buli beberapa kali ketika awal kariernya dalam sukan tersebut.

Menerusi pendedahan itu, Azmeer mengakui telah menjadi mangsa buli sebanyak beberapa kali pada suatu ketika sepanjang bergelar bintang bola sepak profesional.

Episod pembulian pertama berlaku ketika Azmeer mengakui menjadi mangsa pulau daripada rakan sepasukan sebelum masing-masing dibuang atas satu sebab cukup sensitif untuk dikongsikan.

Selain itu, Azmeer juga mengakui pernah dikeronyok tiket penerbangan, serta beberapa lagi kisah lain sehingga mendapat pelbagai maklum balas dalam kalangan peminat di media sosial.

Tidak hanya peminat, bekas pemain bola sepak iaitu Zamrie Chin turut tampil yang membidas kenyataan buli itu tanpa menyebut nama Azmeer di media sosial peribadi beliau.

“Angkat beg pun kata buli. Belum kena lagi gigi palsu atas roti gardenia. Kita kalau bukan Star memang angkat beg. Abang star dulu,” ulas Zamrie.

Selain itu, beberapa pemain lain dilihat turut kurang berpuas hati dengan pendedahan dibuat oleh Azmeer dan dibincangkan sesama mereka melalui media sosial.

Terbaharu, Azmeer telah pun memuat naik satu kenyataan kononnya ada pemain membuat laporan polis dan berkemungkinan ia berkenaan isu buli tersebut membabitkan dirinya bersama individu lain dipercayai juga bekas pemain bola sepak.

“Aih buat report polis terus? Korang Live fitnah aku macam2 relax je aku tak buat report. So funny,” ulas Azmeer dan mendapat pelbagai komen di Facebook milik bekas pemain Kuala Lumpur City (KL City) itu.

Malah, bekas penyerang Negeri Sembilan iaitu Zaquan Adha sendiri turut hadir memberi komen di ruangan tersebut dengan beliau ingin berjumpa Azmeer demi perbincangan secara berdepan.

“Azmeer Yusof salam, macam ni la mer. Jom kita berjumpa, adik pun tak suka nak bergaduh dengan orang. Ramai budak bola nak jumpa dengan Azmeer ni,nak dengar jugak penjelasan dari Azmeer sebab apa yang Azmeer tulis dalam FB melibatkan keseluruhan dan imej pemain bola.

“Dan azmeer tak perlu nak libatkan orang luar yang bukan pemain. Azmeer nak cerita pasal kejayaan Azmeer atau pengalaman Azmeer sila kan. Tapi jangan memberi imej dan tanggapan yang tak elok orang luar terhadap pemain bola.

“Kalau ada no adik boleh call adik. Hari baik bulan baik kita settle cara baik. Tapi kena gentleman cara tu ya. Tak payah nak perti tag dekat orang lain,” komen Zaquan.

Kami di Semuanya BOLA berdoa semoga segala isu yang melanda Azmeer dan para pemain lain mampu diselesaikan pada bulan yang mulia ini dan tiada lagi sebarang provokasi ditimbulkan antara satu sama lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN