Menjelang perlawanan pertama skuad kebangsaan dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2023 pada 8 Jun ini untuk berdepan Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pastinya para penyokong negara tidak sabar untuk melihat pasukan kesayangan mereka beraksi.
Untuk Kim Pan-gon, pastinya banyak rencana sudah dibuat untuk menyekat kemaraan lawan dengan strategi penting terutama sekali untuk mengatasi masalah fizikal pemain Turkmenistan yang dilihat lebih besar berbanding pemain negara.
Walaupun begitu, pertahanan skuad kebangsaan iaitu Dominic Tan melihat itu bukan suatu isu besar buat kem negara ketika ini terutama sekali sebagai penentu kemenangan.
Sesi latihan rasmi skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi menjelang perlawanan pertama Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan, Rabu ini jam 9.00 malam.
▶️ Tiket di https://t.co/yPVcBB3eyw#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/VHJEstZ5rI
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 6, 2022
Setakat ini, pemain yang mempunyai fizikal agak kecil dalam skuad Harimau Malaya ialah Arif Aiman, Faisal Halim, Akhyar Rashid, serta pemain tengah iaitu Azam Azih.
Namun Dominic melihat kelebihan yang ada pada pemain tersebut juga sebagai satu aset yang mampu untuk memberi masalah buat pertahanan Turkmenistan pada aksi pertama skuad kebangsaan nanti.
Tambah pertahanan kental tersebut, walaupun menyedari hakikat fizikal lawan yang bakal dihadapi mereka nanti lebih besar, nyata rakan sepasukan Dominic setakat ini langsung tidak mempamerkan rasa takut sebaliknya dalam motivasi terbaik untuk mencari kemenangan pertama.
“Mungkin kita lihat mereka mempunyai fizikal yang lebih besar dan boleh dikatakan kekuatan bagi pasukan terbabit namun bagi saya itu bukanlah segala-galanya.
“Kita pun ada kekuatan sendiri, jadi ia tidak penting bagi saya jika anda sebut Akhyar dan Faisal mereka pun ada kelebihan.
“Kami mempunyai strategi sendiri dan kami mengkaji video taktik mereka dan akan menontonnya sebelum perlawanan dengan mereka,” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, jelas kemasukan Pan-gon dalam skuad kebangsaan dilihat sebagai berjaya membawa banyak perubahan terbaik buat skuad negara menurut Dominic.
“Bagi saya kita boleh tengok yang kita ada skuad lebih padu dan mendalam tetapi kita pun masih kena tunjukkan dalam tiga perlawanan ini kita kena dapatkan keputusan yang diinginkan,” katanya.
Jangan Lena diulit ‘pujian’, Teruskan Melawan Buru Kemenangan
Baca Selanjutnya di:https://t.co/F6yYHEAVGF#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/IN0Fu0eG8j
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 6, 2022
Pan-gon sebelum ini sudah pun menilai para pemain menerusi dua perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Brunei dan Hong Kong.
Dua kemenangan positif dicatat Harimau Malaya serta ada sisi perubahan yang positif dalam corak permainan nyata mula mendapat tempat di hati para penyokong skuad kebangsaan.
Selepas aksi menentang Turkmenistan, skuad negara bakal berdepan Bahrain pada 11 Jun ini dan Bangladesh tiga hari selepas itu dalam peringkat Kumpulan E bagi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di SNBJ.