Eksperimen Baharu Lagi, Kedah Hampir Pasti Ikat Pemain Tengah Baharu Dari Liga Jordan?

Kedah Darul Aman (KDA) dilaporkan hampir pasti untuk mengikat pemain tengah baharu mereka dari Jordan iaitu Ahmed Israiwah bagi memperkukuhkan pasukan tersebut menjelang kejohanan Piala AFC tahun ini di Indonesia.

Menurut info Twitter daripada wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi, pasukan yang berpangkalan dari utara tanah air itu kini sedang berada dalam fasa akhir untuk mengikat Israiwah.

Selain itu, Israiwah sebelum ini pernah menjadi beraksi bersama penyerang KDA iaitu Ronald Ngah Wanjah sewaktu di Jordan untuk mewakili Al-Salt SC.

“Kedah DA FC kini dalam fasa terakhir melengkapkan perpindahan ‘playmaker’ kelahiran Jordan, Ahmad Israiwah.

“Israiwah (28 tahun) merupakan bekas rakan sepasukan Ronald Ngah Wanja di kelab Al Salt sebelum ini,” jelas Fadhirul di laman Twitter.

Untuk rekod, Israiwah sebelum itu memulakan karier beliau bersama Al-Wehdat SC awal karier beliau pada tahun 2008 hingga 2013 sebelum berhijrah ke Al-Qadisiyah pada tahun berikutnya.

Kelab terakhir diwakilinya setakat ini adalah Al-Wehdat setelah beliau bersama Ronald Ngah pada tahun lalu dalam Al-Salt SC yang turut beraksi dalam saingan Piala AFC.

Penampilan pertama beliau bersama skuad kebangsaan Jordan bawah 23 (B-23) pada tahun 2014 sebelum menyertai pasukan senior ketika 2015 lalu.

Israiwah merupakan seorang pemain tengah menyerang dan juga mempunyai kelebihan untuk beraksi selaku pemain sayap kerana kelincahan beliau untuk menggelecek bola.

Kemasukan beliau bersama KDA adalah untuk mengambil slot kuota pemain import Asia yang telah ditinggalkan oleh Jang Suk-won setelah pemain dari Korea Selatan tersebut digugurkan atas masalah kecederaan dan prestasi tidak konsisten.

Sebelum ini, KDA telah menggunakan dua pemain import yang beraksi di pertahanan dengan penggunaan formasi 3-4-3 cuba diterapkan dalam pasukan tersebut oleh kejurulatihan mereka.

Namun setelah ketiadaan Jang, KDA kini dilihat tidak mendapatkan lagi khidmat pemain pertahanan baharu sebaliknya cuba memperkukuhkan di kawasan tengah mereka pula.

Walaupun mereka ada mengikat pemain tempatan yang beraksi di posisi pertahanan iaitu Akmal Zahir, slot pertahanan import nampaknya tidak lagi akan diisi oleh KDA pada  jendela perpindahan kedua musim ini.

Jangkaan baharu kemasukan Israiwah lebih kepada kualiti baharu di kawasan tengah menyerang untuk membantu Ronald Ngah mendapatkan jaringan setelah sebelum ini posisi tersebut telah diisi Syafiq Ahmad sebelum beliau kembali bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ini bermakna, kemungkinan sistem empat pertahanan akan kembali digunakan pasukan tersebut dengan menggabungkan Marc Vales dan Rodney Celvin di posisi pertahanan tengah.

Akmal Zahir dilihat lebih kepada pemain gantian yang bakal mengisi kekosongan sekiranya salah seorang daripada dua pemain tersebut cedera atau mengalami masalah konsistensi.

Seorang lagi import bagi kuota Asean dijangka  bakal menyertai pasukan tersebut untuk menggantikan khidmat Dennis Buschening setelah pemain tersebut mengalami kecederaan panjang dan bakal memberi kesan buat persiapan skuad tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN