‘Misi Mencari Dana Tambahan’ – Barcelona Tawar Pakej Perkahwinan Di Nou Camp

Barcelona kini membenarkan para peminat untuk menganjurkan majlis perkahwinan mereka di dalam stadium milik kelab, Nou Camp.

Gergasi Catalan itu telah mengumumkan bahawa mana-mana pasangan yang mahu menyewa stadium untuk majlis istimewa mereka boleh memilih pakej-pakej yang disediakan oleh pihak kelab.

Pihak kelab telah menyediakan beberapa pakej khas untuk pasangan-pasangan yang mahu melangsungkan hari bahagia mereka di Nou Camp.

Antara pakej paling mahal adalah pakej ‘Grandstand hall’ yang mana ia turut akan datang dengan pakej view di atas padang.

Pakej sama juga akan turut menyediakan tempat makan untuk 300 ke 1000 tetamu dan untuk kos pakej ‘Grandstand hall’ akan dikenakan cas bernilai €13,500 (RM63,555).

Antara pakej lain yang ditawarkan adalah pakej di teres stadium yang mana ia dianggarkan bernilai €6000 hingga €7000 bergantung kepada jumlah tetamu yang hadir.

Apa yang menariknya kesemua pakej akan membenarkan para tetamu untuk merasai nikmat berada di atas padang yang dianggap terbaik dalam dunia bola aepak.

Para pelanggan akan dibenarkan untuk menggunakan ruang di Nou Camp selama enam jam dan pihak stadium akan menyediakan pekerja pembersihan sebelum dan selepas acara.

Pada tahun 2015 yang lalu, ada sepasang pengantin yang telah menyewa padang untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka, dek kerana terpukau dengan tawaran dari pihak stadium ketika mereka melakukan sesi jelajah dua tahun sebelumnya.

Barcelona pada ketika ini sedang dalam masalah kewangan yang agak teruk, dengan mereka dilaporkan perlu menjana pendapatan bernilai lebih €500 juta (£425 juta) sebelum 30 Jun untuk menstabilkan akaun kelab.

Sebagai tambahan kepada majlis perkahwinan tersebut, pihak kelab bahkan turut memberi ruang kepada peminat untuk bermain di padang mereka.

Antara 6 Jun hingga 11 Jun, peminat boleh menyewa stadium dengan nilai €300 untuk satu sesi permainan selama satu jam.

Mereka bahkan turut boleh membawa penonton masuk untuk menyaksikan perlawanan mereka dengan tiket bernilai €30 setiap seorang.

Pakej €300 tersebut menjanjikan untuk mereka bermain sekurang-kurangnya 40 minit dan menggunakan bilik persalinan serta berjalan melalui terowong khas yang kebiasaannya digunakan oleh pemain.

Musim panas ini pihak kelab semakin giat mempromosikan pakej-pakej tersebut dan berharap agar peminat akan membantu menyokong usaha kelab mencari dana tambahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN