Al-Kisah JDT Mahu Rekrut 4 Pemain Baharu, Kebetulan 2 Pemain Warisan Mendarat Di Malaysia

Al-Kisah JDT 4 pemain baru 2 pemain warisan sampai KL

Sejak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan akan merekrut empat pemain baharu – dua import dan dua tempatan, secara kebetulan dua pemain warisan skuad negara telah mendarat di bumi Malaysia ketika ini.

Kedua-dua pemain memiliki pertalian darah dengan Malaysia iaitu Kobe Jae Chong dan Jaami Qureshi. Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan JDT ataupun tidak. Yang pasti, JDT sahaja yang paling logik mampu dan ada keupayaan untuk menarik serta membawa pulang kedua-duanya kembali ke Malaysia.

Kobe sudah banyak kali menyatakan hasrat untuk beraksi bersama Malaysia, tidak terkecuali Jaami juga.

Cuma selepas beberapa isu yang timbul, akhirnya Jaami ‘dilepaskan’ Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini mereka beraksi di England dan ketika ini tidak memiliki kontrak dengan mana-mana pasukan.

Menjelang sepak mula musim baharu di England, Kobe diumumkan dilepaskan oleh kelabnya, Peterborough. Skrip yang sama juga dilalui Jaami apabila kelabnya, Brighton & Hove Albion turut melepaskannya selepas berakhirnya musim ini. Ketika ini, Kobe sudah berusia 20 tahun, sementara Jaami pula berusia 18 tahun.

Kedua-duanya masih muda dan tentunya sedang mencari destinasi baharu yang dituju untuk beraksi.

Secara kebetulannya, JDT mengumumkan pada 30 Mei yang lalu, mereka akan merekrut empat pemain.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menandatangani empat pemain baharu untuk menambah kekuatan skuad pada jendela perpindahan pertengahan musim. Dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan akan menyertai skuad dalam masa terdekat.”

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT

Kobe terlebih dahulu dilaporkan berada di Malaysia hasil perkongsian sekeping gambar pemandangan di luar jendela sebuah hotel yang dipercayai di Pahang olehnya di Instagram. Beliau juga meletakkan lokasi – Malaysia.

Pelbagai kisah disebarkan dek kerana lokasinya dikatakan di Pahang. Ditambah pula dengan ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam tentang Kobe dan juga Nor Azam Azih – dipercayai status perpindahan.

Ini kerana, JDT dikhabarkan berminat dengan Azam Azih dan kemungkinan Kobe terlibat dalam urusan antara JDT dan Sri Pahang pada ketika ini. Namun, masih tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak.

Mungkin pertukaran besar-besaran Sri Pahang akan turut melibatkan kemasukkan Kobe? Tetapi ada juga khabar angin yang mengatakan beliau hanya di Malaysia untuk selesaikan dokumentasi kerakyatannya.

Sementara itu, semalam, tersebar pula gambar yang dikongsi oleh Jaami tentang keberadaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas beberapa hari diumumkan kontrak beliau tidak disambung.

Kira-kira tiga minggu lalu, Jaami memang memaklumkan beliau akan datang ke Malaysia bulan ini. Tidak dijelaskan atas urusan apa, yang pasti beliau sudah mendarat. Adakah untuk menyertai mana-mana pasukan atau sekadar melancong? Untuk dokumentasi kerakyatan, tidak dipastikan sama ada beliau sudah memilih Iraq.

Apa kisahnya dengan pengumuman JDT tentang pemain baharu dan ketibaan pemain-pemain yang memiliki susur galur Malaysia ketika ini? Malah, Junior Eldstal juga baru dilepaskan kelab Thai League 1, Chonburi FC.

Seperti yang kita tahu, dalam satu temu bual bersama Astro Arena, pemilik JDT, TMJ dipetik berkata dalam usaha untuk memantapkan cabaran pasukannya, beliau mahu membawa lebih ramai pemain warisan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN