Kisah Tata Martino Dan Musim Sulung Atlanta United Di MLS!

Mereka melakukan perkara luar jangka dalam sejarah Major League Soccer. Setelah 8 tahun, kelab yang dikenali Five Stripes ini menempah slot ke MLS Play-Off.

MLS Play-Off merupakan kejohanan post-season yang menentukan siapakah juara MLS Cup. Kelab terbaik mengikut kedudukan carta Conference akan bersaing ke pertandingan ini.

Atlanta United bermain dalam Eastern Conference. Bersama kelab terkenal seperti New York Red Bulls dan DC United.

Komitmen semua

Pemilik Atlanta United, Arthur Blank. Sumber: Myajc.com

Kerja keras pemilik Arthur Blank yang tidak putus asa membangunkan kelabnya sejak 2008 berbaloi. Pada 2014, Atlanta diberi kelulusan untuk beraksi dalam saingan MLS. Sebagai kelab francais terbaru.

Arthur Blank merupakan pemilik kelab bola sepak Amerika, Atlanta Falcons. Beliau sebenarnya merupakan pemilik firma Home Depot.

Darren Eales, bekas pegawai pengurusan Tottenham Hotspur dan Carlos Bocanegra, bekas pemain Rangers dibawa masuk untuk mentadbir Atlanta United. Darren dilantik sebagai Presiden kelab manakala Carlos sebagai Pengarah Teknikal.

Dibantu Tata Martino

Bercakap kepada BBC, beliau merasakan peluang berharga untuk membangunkan kelab. Ia bermula daripada asas seperti pemilihan pemain dan cara permainan.

Tata Martino merupakan bekas pengurus Barcelona itu beruntung kerana mempunyai ramai pemain berpengalaman. Antara pemain yang menghiasi aksi kelab itu seperti Kenwyne Jones dan Tyrone Mears yang dipinjam dari Tottenham Hotspur.

Brad Guzan sewaktu diperkenalkan sebagai pemain Atlanta United. Sumber: MyAjc.com

Selain itu, bekas penjaga gol Aston Villa, Brad Guzan juga menyertai kelab ini. Beliau membantu Atlanta United mara ke slot play-off. Malah, beliau amat rasa dihargai sehinggakan pernah disapa peminat di kedai runcit.

Rekod penyokong

 

Pada awal musim MLS ini, mereka beraksi di Bobby Dodd Stadium. Kemudian, pada pertengahan musim mereka berpindah ke Mercedes-Benz Stadium.

Penyokong Atlanta United mencipta sejarah apabila seramai 71,824 penonton hadir menonton perlawanan antara tuan rumah menentang Toronto.

Perlawanan tersebut diiktiraf sebagai perlawanan yang paling ramai dihadiri dalam sejarah MLS!

Penutup

 

Pagi esok, mereka bakal beraksi dalam saingan play-off buat kali pertama. Lawan mereka ialah Colombus Crew.

Adakah mereka akan meneruskan sejarah tercipta? Adakah mereka akan memenangi MLS dalam musim sulung? Bak kata peribahasa, ‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.’

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN