Berbatov: “Ronaldo Pemain Yang Hebat, Namun Messi Tiada Tandingan!”

Jarang bekas pemain Manchester United terutama sekali yang sezaman dengan Cristiano Ronaldo memilih Lionel Messi dalam perdebatan di antara Messi vs Ronaldo.

Namun bekas bintang United dan juga bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Dmitar Berbatov dengan tenang mengiktiraf Messi sebagai pemain yang lebih baik.

Beliau juga memberitahu, Ronaldo adalah pemain untuk diteladani kerana karakter beliau di dalam padang. Tetapi Lionel Messi berada pada kelas tersendiri dan yang terbaik pernah beliau saksikan.

“Messi adalah yang terhebat” (Messi is the f*****g greatest!)

“Ronaldo pemain yang hebat tetapi saya lebih memilih pemain seperti Messi.”

“Messi boleh melihat permainan dengan jelas. Dia boleh menjaringkan gol, mencipta peluang. Dia adalah pemain yang lengkap, mungkin yang terbaik sepanjang zaman.”

(Photo by Manuel Queimadelos Alonso/Getty Images)

Dmitar Berbatov melihat ramai remaja termasuk pemain profesional hari ini cuba meniru Ronaldo. Beliau ada pesanan untuk mereka.

“Ramai pemain muda mahu meniru Ronaldo. Mereka mahu meniru rambutnya, cara dia berpakaian, kereta, helah dan (trick) beliau.”

“Saya nak beritahu anda, Ronaldo berlatih ketika latihan dan selepas latihan. Dia memang berlatih untuk menjadi yang terbaik. Perkara lain adalah perkara seterusnya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN