Masa Depan Luke Shaw Di Old Trafford Semakin Menuju Pengakhiran?

The Guardian melaporkan pemain bek kiri termahal dalam sejarah Manchester United, Luke Shaw tidak melihat sebarang peluang untuk beliau di Old Trafford lagi.

Luke Shaw hanya diberikan 3 minit sahaja dalam perlawanan menentang Swansea pada Piala Carabao dalam kedudukan Manchester United mendahului 2-0.

Kini Mourinho dan Shaw dilaporkan tidak banyak berkomunikasi di antara satu sama lain.

Bulan lalu, beliau bermain pada separuh masa kedua menentang Burton dalam kejohanan yang sama. Buat masa ini, Shaw hanya muncul dalam 47 minit dalam perlawanan EPL sejak kembali ke padang pada September 2016.

Sebelum patah kaki, Shaw menjadi antara pemain cemerlang United.

Namun begitu selepas beliau kembali semula ke dalam pasujan, Jose Mourinho tidak gembira dengan sikap pemain ini.

Mourinho secara terbuka mengkritik Shaw pada musim lalu di hadapan wartawan. Namun pemain bek sisi Manchester United itu yakin yang beliau akan memenangi hati Mourinho dan berusaha lebih keras lagi.

Shaw kini membuka peluang untuk menyertai pasukan lain pada Januari ini. Adakah Manchester United akan melepaskan beliau?

Buat masa ini mereka ada Darmian dan juga pemain serba boleh Blind untuk posisi itu. Posisi bek kiri masih menjadi zon yang agak goyah untuk United.

Luke Shaw menyertai Manchester United dari Southampton dengan nilai perpindahan £27 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN